Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah sasar dapatkan semula S$370 juta tersilap bayar di bawah Skim Bantuan Pekerjaan

Pemerintah merancang untuk mendapatkan semula keseluruhan jumlah sekitar S$370 juta yang tersilap dibayar kepada syarikat-syarikat pada Oktober tahun lalu sebagai sebahagian daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah sasar dapatkan semula S$370 juta tersilap bayar di bawah Skim Bantuan Pekerjaan

Orang ramai di CBD Raffles Place. (Gambar:: AFP/Roslan RAHMAN)

Diterbitkan : 09 Apr 2021 05:41PM Dikemas Kini : 09 Apr 2021 05:42PM

SINGAPURA: Pemerintah merancang untuk mendapatkan semula keseluruhan jumlah sekitar S$370 juta yang tersilap dibayar kepada syarikat-syarikat pada Oktober tahun lalu sebagai sebahagian daripada Skim Bantuan Pekerjaan (JSS).

"Kami akan melakukan sedaya mungkin untuk mendapatkan semula lebihan bayaran itu selain memastikan tidak menyulitkan syarikat sepanjang proses tersebut," menurut Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Tenaga Manusia (MOM) pada lewat Khamis (8 Apr) dalam respons kepada pertanyaan CNA.

"Pemerintah berhasrat untuk mendapatkan semula jumlah penuh lebihan bayaran itu," tambah mereka.

"Bagi syarikat yang berdepan kesulitan untuk memulangkan bayaran berlebihan itu, kami akan menawarkan pilihan bayaran semula secara ansuran. Ini akan membantu syarikat-syarikat untuk mengurangkan beban aliran tunai mereka, terutama sekali bagi perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (SME) yang terjejas."

Apabila ditanya apa yang akan berlaku jika sesebuah syarikat tidak dapat memulangkan bayaran tersebut, dan sama ada mereka akan berdepan hukuman, kementerian berkenaan menyatakan perniagaan yang memerlukan bantuan tanbahan boleh menulis kepada mereka.

"Kami akan menilai setiap permohonan berdasarkan kes demi kes, bergantung kepada keadaan dan keperluan," menurut ketiga-tiga kementerian itu.

S$200 juta daripada bayaran berlebihan itu melibatkan kurang daripada 100 firma besar, menurut ketiga-tiga kementerian berkenaan dalam hantaran e-mel kepada CNA.

"Bagi lebih dua pertiga syarikat, lebihan bayaran itu adalah kurang daripada S$10,000," tambahnya dengan baki bayaran berlebihan berjumlah sekitar S$30 juta, melibatkan sekitar 1,000 syarikat.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan