Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah S'pura buat rancangan jangka panjang bagi manfaat warga Singapura: Ong Ye Kung

Langkah-langkah jangka panjang bagi menangani isu-isu jagaan kesihatan dan perumahan yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan, bukan bertujuan mengukuhkan kedudukan Parti Tindakan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 26 Aug 2018 10:00PM Dikemas Kini : 26 Aug 2018 10:07PM

SINGAPURA: Langkah-langkah jangka panjang bagi menangani isu-isu jagaan kesihatan dan perumahan yang diumumkan di Rapat Umum Hari Kebangsaan, bukan bertujuan mengukuhkan kedudukan Parti Tindakan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Sebaliknya, pemerintah sedang merancang untuk jangka masa panjang bagi manfaat warga Singapura.

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung berkata demikian dalam satu wawancara dengan Mediacorp.

Menurut Encik Ong, jika berdasarkan pelan jangka pendek dan apa saja yang popular, itu tidak akan berguna untuk Singapura.

Kekurangan dari segi saiz dan sumber semula jadi, apa yang menjadi kelebihan bagi Singapura tambah Encik Ong, adalah rakyat yang lebih bersatu padu.

Menurut Encik Ong lagi, Singapura boleh melihat pada jangka panjang supaya dasar-dasar negara lebih bernas dan boleh bertahan.

Siapa yang menang pilihan raya dan siapa yang memerintah akan ditentukan rakyat tetapi pemerintah sekarang kata Encik Ong percaya pada dasar jangka panjang dan selagi PAP berkuasa, inilah bagaimana dasar-dasar akan dilaksanakan.

Beliau menambah perancangan jangka panjang harus diteruskan tidak kira parti mana yang berkuasa.

Encik Ong menambah tiada jaminan dalam politik berdasarkan pengalamannya sendiri.

Kali pertama beliau menceburkan diri dalam politik pada 2011 berakhir dengan kekalahan bagi pasukan PAP yang dianggotainya di GRC Aljunied. Itulah kali pertama pihak pembangkang menang di GRC.

Encik Ong enggan mengulas tentang prestasi parti apabila ditanya jika PAP sudah melakukan yang secukupnya sejak beberapa tahun lalu bagi mendapatkan mandat kukuh bagi masa depan.

Sebaliknya beliau mengimbas kembali perjalanan kerjaya politiknya yang menurutnya sudah membentuk pendekatannya terhadap dasar-dasar.

Encik Ong berkata akan sentiasa ada mereka yang membantah dan mereka yang terjejas dan tidak gembira.

Tetapi dengan melakukan yang terbaik dan mengikut rasa hati, keputusan pilihan raya sepatutnya membuahkan hasilnya sendiri.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan