Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah punya sumber mencukupi untuk biaya skim jagaan kesihatan baru

Pemerintah mempunyai sumber mencukupi bagi membiayai lanjutan kepada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) dan Pakej Generasi Merdeka, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah punya sumber mencukupi untuk biaya skim jagaan kesihatan baru

Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Diterbitkan : 31 Aug 2018 09:33AM Dikemas Kini : 31 Aug 2018 09:35AM

SINGAPURA: Pemerintah mempunyai sumber mencukupi bagi membiayai lanjutan kepada Skim Bantuan Kesihatan Masyarakat (CHAS) dan Pakej Generasi Merdeka, kata Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

Dua inisiatif itu sebahagian daripada langkah-langkah yang diumumkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam Rapat Umum Hari Kebangsaan baru-baru ini.

Semasa diwawancara dalam program berita News 5 Mediacorp, Encik Heng ditanya jika skim-skim baru yang diumumkan PM Lee memerlukan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan.

Encik Heng berkata dalam ucapan Belanjawan 2018 pada Februari lalu bahawa GST akan dinaikkan kepada 9 peratus antara 2021 hingga 2025.

Menjawab pertanyaan itu, Encik Heng berkata bahawa skim-skim baru seperti Program Peningkatan Rumah II dan Skim Pembangunan Semula Awal Secara Sukarela akan mempunya kesan fiskal "sangat ketara", dan ia sebahagian daripada perancangan jangka masa panjang Pemerintah.

"Saya rasa kita tidak biasa dengan perancangan projek-projek jangka panjang jauh lebih awal. Dan itulah caranya kami mampu memperkenalkan CHAS, Pakej Generasi Perintis dan kini Pekej Merdeka," katanya.

"Jadi pakej yang diumumkan Perdana Menteri, lanjutan kepada CHAS dan pakej Merdeka, kami mempunyai sumber yang mencukupi pada tahun-tahun mendatang untuk melakukannya.

"Saya mengumumkan terdahulu tentang kenaikan 2 peratusan mata kadar GST. Ia bagi membiayai perbelanjaan yang kian meningkat, dan terus meningkat setiap tahun. Jadi kami ingin membuat persiapan awal supaya boleh menjaga rakyat Singapura dengan lebih baik lagi."

Pakej Generasi Merdeka akan membantu rakyat Singapura yang dilahirkan pada tahun 1950-an dari segi kos perubatan, kata PM Lee di Rapat Umum Hari Kebangsaan.

Pakej itu akan menawarkan subsidi pesakit luar, tokokan Medisave, subsidi premium MediShield Hayat dan bayaran bagi penjagaan jangka panjang bagi sekitar 500,000 rakyat Singapura.

Pakej itu tidak sebesar Pakej Generasi Perintis, kata Encik Heng.

"Berapa besar pakej itu: Kami sudah membuat anggaran namun saya ingin membuat penelitian lebih lanjut sebelum mengumumkan perinciannya dalam Belanjawan tahun depan," kata Encik Heng.

Tentang sama ada kenaikan GST dijangka dilaksanakan segera atau tidak lama lagi, menteri kewangan itu berkata ia bergantung kepada keadaan ekonomi.

"Kami menyaksikan perubahan struktur yang besar dalam ekonomi dunia. Kami juga melihat perubahan-perubahan teknologi dan kemajuan teknologi lebih pesat daripada yang dijangkakan," katanya.

"Maka itu, kami perlu membuat persiapan awal. Jika ekonomi kami terus tumbuh, kami akan, tidak hanya Pemerintah, tetapi rakyat akan terus mempunyai cukup sumber untuk menghadapi perubahan-perubahan yang mendatang." 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan