Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah perjelas 'kepalsuan' online berhubung gaji para menteri

Pemerintah mengambil langkah untuk membongkar dan menjelaskan apa yang disifatkannya sebagai "kepalsuan" berhubung gaji para menteri, yang tular baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah perjelas 'kepalsuan' online berhubung gaji para menteri

Gambar fail Parlimen sedang bersidang (Gambar: TODAY Online)

Diterbitkan : 16 Sep 2018 11:59PM Dikemas Kini : 17 Sep 2018 12:02AM

SINGAPURA: Pemerintah mengambil langkah untuk membongkar dan menjelaskan apa yang disifatkannya sebagai "kepalsuan" berhubung gaji para menteri, yang tular baru-baru ini.

Laman Factually, yang dikendalikan Divisyen Perhubungan Awam di Kementerian Perhubungan dan Penerangan (MCI), menyatakan bahawa terdapat beberapa laman web dan media sosial yang mengulas isu gaji para menteri beberapa minggu kebelakangan ini.

Menurut laman tersebut, satu kepalsuan yang muncul secara online mendakwa bahawa Pemerintah tidak telus dalam menerangkan bagaimana gaji para menteri dikira.

Menyangkal dakwaan ini, laman Factually menekankan komponen gaji para menteri diumumkan dalam Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada 2012. Laman itu turut menyertakan pautan bagi Kertas Putih.

Factually menerangkan gaji tahunan menteri MR4 (tahap paling rendah) adalah S$1.1 juta, termasuk bonus. Laman tersebut menambah: "Jika menteri berkenaan tidak menunjukkan prestasi baik - dan jika ekonomi muram - beliau mungkin mendapat gaji jauh lebih rendah daripada S$1.1 juta."

Menurut laman itu, satu lagi kepalsuan adalah dakwaan bahawa gaji asas Perdana Menteri Singapura adalah S$2.2 juta setahun, dan secara keseluruhannya S$4.5 juta termasuk bonus.

Factually menekankan bahawa ini adalah satu dakwaan palsu.

Ia menerangkan: "Gaji purata Perdana Menteri ditetapkan seganda lebih tinggi daripada gaji Menteri MR4. Gaji S$2.2 setahun termasuk bonus. Perdana Menteri tidak menerima sebarang Bonus Prestasi kerana tiada sesiapa yang boleh menilai prestasi tahunan beliau. Beliau menerima Bonus Kebangsaan."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan