Images
  • mrt (1)
    Gambar fail kereta api SMRT.

Pemerintah anggar belanja S$4.5 bilion bagi rangkaian kereta api

SINGAPURA: Pemerintah dijangka membelanjakan sekitar $4.5 bilion bagi rangkaian kereta api dalam tempoh lima tahun mendatang. Jumlah tersebut lebih tinggi daripada anggaran $4 bilion yang dibuat pada tahun lalu.

Bercakap di Parlimen hari ini (13 Feb), Menteri Pengangkutan Khaw Boon Wan berkata peruntukan itu akan digunakan bagi membina, mengganti dan meningkatkan aset-aset operasi rel termasuk kereta api dan sistem isyaratnya.

Beliau menambah, pemerintah akan menanggung risiko pendapatan bagi laluan MRT Thomson-East Coast bagi tempoh konsesi selama sembilan tahun. Ini bermakna pada akhir sembilan tahun, tambangnya akan merangkumi kurang separuh daripada kos operasi.

Menurutnya lagi, jumlah tersebut adalah subsidi besar daripada pihak pemerintah dan dalam tempoh 10 tahun yang sama, bukan saja Laluan Thomson tetapi juga terdapat Laluan Daerah Jurong dan Laluan Rentas Pulau.

Kedua-duanya adalah laluan yang panjang dan pemerintah tiada pilihan lain selain membiayainya menggunakan model kos kasar kerana jika tidak, tiada pengendali akan masuk tender.

- CNA/AA/aq

Top