Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan pastikan laluan pejalan kaki selamat: Dr Janil

Pemerintah akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan laluan pejalan kaki selamat menyusuli beberapa kemalangan melibatkan e-skuter baru-baru ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 09 Oct 2019 05:15PM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 09:12PM

SINGAPURA: Pemerintah akan melakukan apa yang perlu untuk memastikan laluan pejalan kaki selamat menyusuli beberapa kemalangan melibatkan e-skuter baru-baru ini.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan Dr Janil Puthucheary berkata demikian dalam wawancara dengan stesen radio CNA938 hari ini (9 Okt).

Di parlimen Isnin lalu, Dr Janil menimbulkan kemungkinan PMD diharamkan sama sekali jika kelakuan para penggunanya tidak diperbaiki.

Dr Janil berkata beliau menimbulkan idea pengharaman PMD tersebut meskipun berpendapat tindakan sedemikian tidak diperlukan sekarang.

Menteri itu menambah kita tidak harus segera memberikan reaksi tersentak kerana hanya segelintir orang yang berkelakuan buruk.

Namun, isyarat perlu diberikan bahawa sedang prasarana dibina, ia akan mengambil masa bagi mengasingkan laluan untuk mencapai visi kurang penggunaan kereta.

Sementara itu, Dr Janil berkata Singapura memerlukan laluan pejalan kaki yang selamat.

Menurutnya lagi, kebanyakan orang akan berjalan dan mereka perlu ada keyakinan mereka boleh berjalan dengan selamat dan tidak bimbang akan mengalami kecederaan.

Minggu lalu, seorang warga emas wanita mati selepas dilanggar PMD di kawasan kejiranan Bedok.

Kini, pihak berkuasa sedang bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan akar umbi bagi meningkatkan operasi mencegah para pengguna PMD yang engkar.

Ini termasuk menyebarkan maklumat tentang cara-cara berkongsi laluan pejalan kaki dengan selamat. 

Sumber : CNA/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan