Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan beri kemas kini di Parlimen berhubung respons S'pura menangani COVID-19

Pemerintah akan memberi kemas kini berhubung respons Singapura menangani virus korona COVID-19 semasa sidang Parlimen pada Rabu (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan beri kemas kini di Parlimen berhubung respons S'pura menangani COVID-19

(Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 24 Mar 2020 06:20PM Dikemas Kini : 25 Mar 2020 09:14AM

SINGAPURA: Pemerintah akan memberi kemas kini berhubung respons Singapura menangani virus korona COVID-19 semasa sidang Parlimen pada Rabu (25 Mac).

Menteri Kesihatan Gan Kim Yong dan Menteri Pembangunan Negara Lawrence Wong akan membuat Kenyataan Menteri berhubung isu tersebut.

Singapura melaporkan 54 kes baru COVID-19, pada Isnin,iaitu kenaikan tertinggi dalam sehari sejauh ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 509. Daripada jumlah tersebut, 152 pesakit sudah pulih dan 355 masih dirawat di hospital.

Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat COVID-19 pada Sabtu (21 Mac).

Pada Khamis (26 Mac), Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Heng Swee Keat akan menyampaikan Kenyataan Menteri berhubung langkah-langkah tambahan oleh Pemerintah bagi menyokong para pekerja, perniagaan dan keluarga sebagai respons menangani pandemik COVID-19.

Encik Heng berkata "belanjawan tambahan" itu akan menyokong rakyat Singapura semasa situasi penularan virus itu, yang "tidak dapat dielakkan dan menyebabkan kesan ketara terhadap ekonomi Singapura".

Beberapa Anggota Parlimen juga mengemukakan beberapa soalan yang akan dijawab di Parlimen.

AP Saktiandi Supaat ingin menanyakan berapakah jumlah kilang yang dikendalikan oleh perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan yang kini berpangkalan di China, khususnya di Hubei, Zhejiang, Henan dan Guangdong.

Beliau juga ingin tahu jika terdapat keperluan untuk memindahkan kilang-kilang tersebut bagi penakatan jangka panjang perniagaan tersebut dan untuk menangani perubahan pada rangkaian bekalan dan sama ada terdapat bantuan yang disediakan jika syarikat SME ingin memindahkan operasi mereka.

Dengan harga minyak mentah yang merosot, AP Lee Bee Wah pula akan bertanya, sama ada harga runcit di pam minyak akan menggambarkan trend tersebut dan jika tidak, sama ada terdapat sebarang langkah yang akan dilaksanakan bagi memastikan syarikat-syarikat petrol mengubah harga sewajarnya.

Juga dalam agenda Parlimen adalah isu hukuman sebat.

AP Murali Pillai akan bertanya berapa ramai orang yang terselamat daripada hukuman sebat setelah didakwa kerana melakukan kesalahan seksual yang serius seperti merogol kerana mereka berusia 50 tahun ke atas.

Beliau juga ingin bertanya jika Pemerintah mempunyai rancangan untuk memansuhkan had usia supaya semua pesalah - tidak kira usia mereka - akan dikenakan hukuman sebat selagi mereka dinilai sihat untuk menjalani hukuman itu.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan