Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemerintah akan bekerjasama dengan penganjur maraton StanChart tangani kesesakan trafik

Pemerintah akan bekerjasama dengan pihak penganjur Maraton Standard Chartered agar acara itu seterusnya akan dikendalikan lebih baik lagi, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu pada Isnin (6 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemerintah akan bekerjasama dengan penganjur maraton StanChart tangani kesesakan trafik

(Gambar: SportSG)

Diterbitkan : 07 Jan 2020 07:01PM Dikemas Kini : 07 Jan 2020 07:03PM

SINGAPURA: Pemerintah akan bekerjasama dengan pihak penganjur Maraton Standard Chartered agar acara itu seterusnya akan dikendalikan dengan lebih baik lagi, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu pada Isnin (6 Jan).

Acara pada tahun lalu, yang diadakan pada sebelah petang buat pertama kali, menyebabkan kesesakan trafik teruk di kawasan bandar. Dua acara besar-besaran juga diadakan secara serentak pada masa itu.

Tiga anggota parlimen - Cik Lee Bee Wah, Encik Liang Eng Hwa dan Encik Desmond Choo - bertanya kepada Cik Fu mengapa kesesakan tersebut tidak dijangkakan dan apakah yang boleh dilakukan untuk memperbaiki situasi serupa pada masa akan datang.

Menjawab, Cik Fu berkata MCCY bersama dengan agensi-agensi relevan lain dan pihak penganjur, akan meneliti maklum balas orang awam, "termasuk saranan memastikan maraton itu tidak dianjurkan pada hari sama acara besar lain diadakan, dan pentingnya orang ramai dimaklumkan tentang penutupan jalan raya," tambah beliau.

Cik Fu berkata matlamatnya adalah agar acara itu tersenarai di bawah Abbott World Marathon Majors (WMM) iaitu siri terkenal maraton sedunia.

Dengan acara tersebut diadakan pada lewat petang, jumlah peserta dan penonton melonjak, kata beliau.

Hampir 30,000 peserta menyertai acara larian itu dan hampir 70,000 penyokong menunggu di zon-zon penonton yang dikhususkan dan di sepanjang jalan maraton.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan