Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksaan NEA tetap rapi meski ada isu kebersihan dalam restoran taraf tinggi

 Sistem gred dan pemeriksaan kebersihan yang dijalankan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaaan (NEA) semakin mendapat perhatian menyusuli beberapa insiden baru-baru ini yang melibatkan restoran dan kedai makanan bertaraf gred ‘A’.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemeriksaan NEA tetap rapi meski ada isu kebersihan dalam restoran taraf tinggi

Gambar: Aqil Haziq Mahmud.

Diterbitkan : 24 Feb 2018 10:54AM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 11:01AM

SINGAPURA: Sistem gred dan pemeriksaan kebersihan yang dijalankan oleh Agensi Sekitaran Kebangsaaan (NEA) semakin mendapat perhatian menyusuli beberapa insiden baru-baru ini yang melibatkan restoran dan kedai makanan bertaraf gred ‘A’.

Awal bulan ini, agensi tersebut mengumumkan bahawa ia menggantung lesen salah sebuah cawangan restoran popular HaiDiLao di Clarke Quay selama dua minggu.

Ini selepas restoran itu didenda kerana para kakitangannya didapati mengendalikan makanan tanpa menggunakan sarung tangan dan menjual makanan yang tidak bersih.

Pada bulan lalu pula, gred bagi dapur bankuet Regent Singapore dan restoran Summer Palace di hotel tersebut diturunkan ke gred 'C' selepas berpuluh-puluh pelanggan mengalami keracunan makanan.

Menurut rekod NEA, sebanyak 16 daripada 134 restoran dan kedai makan yang digantung learn pada tahun lalu mendapat gred 'A'.

Dalam memberi respons kepada Mediacorp, NEA menyatakan bahawa gred sedemikian diberikan berdasarkan pemerhatian terhadap tahap kebersihan dan pengurusan dapur, serta kebersihan makanan dan kebersihan para pengendali makanan.

“Meskipun gred kebersihan memberi gambaran menyeluruh tentang tahap kebersihan premis tersebut, para pengendali dikehendaki menerapkan amalan-amalan kebersihan makanan yang baik dalam operasi harian mereka secara konsisten agar mencapai dan memastikan piawai kebersihan yang tinggi,” menurut NEA.

“Selain penilaian gred, NEA juga menjalankan pemeriksaan secara kerap serta ad hoc sebagai respons kepada maklum balas orang ramai ataupun aduan tentang keracunan makanan untuk memastikan bahawa para pengendali mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.”

Pada tahun lalu sahaja, NEA menjalankan lebih 82,000 pemeriksaan mengejut ke atas restoran dan kedai makan. Pemeriksaan dijalankan sekurang-kurang dua kali setahun dengan lesen serta gred kedai makan disemak semula setiap tahun.

Mediacorp difahamkan bahawa NEA tidak menyimpan tekad bilangan pegawai yang terlibat dalam operasi-operasi sedemikian dan agensi tersebut tidak mendapatkan pihak ketiga untuk menjalankan pemeriksaan.

“ANDA TIDAK BOLEH MUDAH BERPUAS HATI”

Jadi, bagaimanakah restoran bertaraf gred ‘A’ yang meraih 85 peratus atau lebih dari segi tahap kebersihan masih boleh gagal pemeriksaan?

Pengerusi Lembaga Kebersihan Awam, Edward D’Silva berkata dalam rancangan Talking Point bahawa restoran bertaraf tinggi juga membuat kesilapan.

“Mungkin terdapat kakitangan yang terbuat silap kerana terlepas sesuatu proses,” katanya. “Mungkin ada kakitangan yang tidak puas hati dan ingin berdendam dengan restoran.”

Walau apa pun sebabnya, restoran dan kedai makan boleh digantung lesen sehingga empat minggu sekiranya mendapat 12 mata demerit atau lebih dalam setahun kerana kesalahan berat seperti membungkus makanan menggunakan kertas dicetak yang membawa enam mata demerit dan denda S$400.

Malah, jika kesalahan itu dilakukan berulang kali, lessen restoran atau kedai makan tersebut boleh dibatalkan. 

PEMERIKSAAN YANG LEBIH KETAT?

Namun, memandangkan bahawa kesilapan kadang kala boleh berlaku, Encik D’Silva bertanggapan bahawa ianya tidak munasabah sekiranya NEA mengetatkan lagi pemeriksaannya.

Katanya, mustahil bagi pegawai NEA untuk memeriksa setiap pekerja sesebuah restoran atau kedai makan.  

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan