Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksaan keselamatan sehenti antara lapangan terbang Eropah, S'pura dijangka mudahkan penumpang

Proses meneruskan penerbangan dari Eropah dan Singapura yang melakukan persinggahan di sesetengah lapangan terbang Eropah dan Lapangan Terbang Changi akan bertambah mudah dan licin melalui penguatkuasaan pemeriksaan keselamatan sehenti (OSS) mulai hari ini (6 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Feb 2018 12:59PM Dikemas Kini : 06 Feb 2018 11:48PM

SINGAPURA: Proses meneruskan penerbangan dari Eropah dan Singapura yang melakukan persinggahan di sesetengah lapangan terbang Eropah dan Lapangan Terbang Changi akan bertambah mudah dan licin melalui penguatkuasaan pemeriksaan keselamatan sehenti (OSS) mulai hari ini (6 Feb).

Menurut Suruhanjaya Eropah, penguatkuasaan OSS tidak termasuk para penumpang, bagasi dan kargo daripada kawalan keselamatan lanjut semasa melakukan persinggahan di lapangan-lapangan terbang Kesatuan Eropah. Negara-negara lain yang dijangka meraih manfaat daripada OSS termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, menurut laman Ketua Pengarah Mobiliti dan Pengangkutan Suruhanjaya Eropah (EC DG-MOVE).

Dalam satu kenyataan media bersama, Kementerian Pengangkutan Singapura (MOT) dan EC DG-MOVE menyatakan bahawa perlaksanaan OSS akan memperbaiki proses pemindahan an persinggahan penumpang di lapangan terbang dan meningkatkan kecekapan syarikat-syarikat penerbangan dan operasi-operasi pihak lapangan terbang.

Kenyataan bersama OSS itu dimeterai di Singapura hari ini di luar Pertunjukan Udara Singapura 2018 oleh Setiausaha Tetap MOT Loh Ngai Seng dan Ketua Pengarah EC DG-MOVE Henrik Hololei.

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan