Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemeriksaan dipertingkat kurangkan kemalangan berkaitan kenderaan di tempat kerja

Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mempergiat usaha untuk mengurangkan kemalangan berkaitan kenderaan di tempat kerja.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 18 Nov 2019 10:41PM Dikemas Kini : 18 Nov 2019 10:47PM

SINGAPURA: Kementerian Tenaga Manusia (MOM) sedang mempergiat usaha untuk mengurangkan kemalangan berkaitan kenderaan di tempat kerja.

Ia menyasarkan untuk memeriksa lebih 400 syarikat menjelang akhir tahun kewangan 2019.

Inisiatif-inisiatif baru untuk memperbaiki keselamatan di tempat kerja adalah bermanfaat untuk para pemandu.

Ini termasuk ciri-ciri baru untuk meningkatkan keselamatan di dalam kenderaan.

Sistem kunci automatik misalnya akan memastikan kontena-kontena dikunci dengan betul kepada treler.

Pemandu tidak lagi perlu keluar daripada kenderaan mereka untuk memastikan bahawa kontena sudah terkunci.

MOM mendapati bahawa insiden berkaitan dengan kenderaan adalah penyebab utama berlakunya kematian di tempat kerja dari 2013 ke 2017.

Walaupun perangkaan ini jatuh dari 24 kes pada 2013 kepada tujuh pada tahun lalu, Menteri Negara Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata MOM akan terus mempergiat usaha untuk mengurangkan jumlah tersebut.

Beliau menambah bahawa pusingan pemeriksaan seterusnya akan dijalankan pada Mac tahun depan. 

Sumber : CNA/HK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan