Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemenang pertandingan tahunan muzik klasik Mediacorp diumumkan

Barisan pemenang pertandingan tahunan muzik klasik Mediacorp anjuran stesen radio Symphony 924 diumumkan hari ini (14 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jul 2019 09:06PM Dikemas Kini : 14 Jul 2019 09:10PM

SINGAPURA: Barisan pemenang pertandingan tahunan muzik klasik Mediacorp anjuran stesen radio Symphony 924 diumumkan hari ini (14 Jul).

Di Dewan Konsert Victoria petang tadi, para penonton menyaksikan kehebatan 10 finalis cilik yang berusia antara 10 dengan 14 tahun.

Michelle Zhu Manzhen muncul pemenang dalam kategori junior sementara Adrian Tang dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori senior.

Toby Tan pula diumumkan sebagai juara dengan persembahan terbaik dalam Projek Young Talent 2019.

Di samping membawa pulang hadiah-hadiah menarik, para pemenang berpeluang membuat persembahan di Taman di Persisiran, Konsert Hari Kebangsaan Mediacorp dan President's Star Charity 2019. 

Sumber : CNA/AQ/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan