Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemenang gelaran rangkaian 4G paling laju di dunia ialah ... S'pura!

Rangkaian 4G Singapura adalah yang paling laju di dunia. Demikian menurut laporan firma Open Signal yang berpangkalan di Britain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemenang gelaran rangkaian 4G paling laju di dunia ialah ... S'pura!

Gambar menunjukkan seorang wanita menggunakan khidmat Spotify menerusi telefon bijak. (Gambar: AFP/Jonathan Nackstrand)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 06:35PM Dikemas Kini : 24 Feb 2018 11:11PM

BERITAMediacorp: Rangkaian 4G Singapura adalah yang paling laju di dunia. Demikian menurut laporan firma Open Signal yang berpangkalan di Britain.

Menurut laporan bertajuk "The State of LTE" itu, purata kelajuan rangkaian 4G di Singapura pada tahun lalu adalah 44.31 Mbps.

Singapura berada di kedudukan pertama diikuti oleh Netherlands (42.12 Mbps), Norway (41.20 Mbps), Korea Selatan (40.44 Mbps) dan Hungary (39.18 Mbps).

Petikan gambar dari laman Open Signal.

Petikan gambar dari laman Open Signal.

Sekalipun begitu, menurut laporan Open Signal, kadar kelajuan dalam kalangan empat negara di empat kedudukan teratas merosot secara keseluruhannya.

Pada tiga bulan lalu, rangkaian 4G paling laju adalah di Singapura dengan purata muat turun LTE 46.6 Mbps.

Dalam laporan terkini Open Signal juga Singapura masih lagi mengungguli senarai kelajuan, namun puratanya berada di bawah 45 Mbps.

Malaysia dan Indonesia pula berada dalam kedudukan 20 paling bawah.

Malaysia mencatat purata kelajuan 14.83 Mbps manakala Indonesia mencatat purata 8.92 Mbps.

Negara yang mencatat 4G paling lembab di dunia pula adalah India dengan 6.07 Mbps, menurut laporan itu lagi.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan