Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembocoran data HIV: Polis 'lakukan sedaya upaya' heret Mikhy Farrera Brochez ke muka pengadilan

Polis Singapura akan "melakukan sedaya upaya" untuk mengheret individu yang bertanggungjawab ke atas pembocoran maklumat peribadi 14,200 individu HIV-positif ke muka pengadilan, tegas Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen pada Selasa (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Feb 2019 06:23PM Dikemas Kini : 12 Feb 2019 11:37PM

SINGAPURA: Polis Singapura akan "melakukan sedaya upaya" untuk mengheret individu yang bertanggungjawab ke atas pembocoran maklumat peribadi 14,200 individu HIV-positif ke muka pengadilan, tegas Menteri Kesihatan Gan Kim Yong di Parlimen pada Selasa (12 Feb).

Kementerian Kesihatan (MOH) pada 28 Jan mengumumkan bahawa warga Amerika Syarikat, Mikhy Farrera Brochez membocorkan maklumat tersebut daripada pejabat pendaftaran HIV Singapura.

Brochez adalah pasangan kepada Ler Teck Siang, iaitu seorang doktor lelaki rakyat Singapura yang merupakan bekas ketua Unit Kesihatan Awam Nasional. Berdasarkan tugasnya, Ler mempunyai akses kepada Pendaftaran HIV.

"Polis akan melakukan sedaya upaya untuk membawa Brochez ke muka pengadilan," kata Encik Gan dalam Kenyataan Menteri berhubung pembocoran itu. Menteri itu menambah Brochez dipercayai berada di Amerika Syarikat dan sedang disiasat oleh pihak polis berhubung pelbagai kesalahan.

"Polis sedang berurusan dengan rakan-rakan sekerja dari Amerika Syarikat dan meminta bantuan mereka dalam siasatan terhadap Brochez."

BROCHEZ DEDAH PAUTAN KEPADA MAKLUMAT YANG DIBOCORKAN

Menyusuli pengumuman MOH, Encik Gan turut mendedahkan bahawa sesetengah pihak memaklumkan percubaan Brochez untuk menghubungi mereka pada 2018 dan memberi mereka pautan kepada maklumat sulit yang dimuat naik online.

"Kami dengan pantas bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menyekat akses kepada kandungan online. Kandungan yang dimuat naik itu serupa dengan apa yang kami kesan pada Januari, ini bermakna tiada individu lain yang terdedah," kata Encik Gan.

Meskipun tiada tanda-tanda yang menunjukkan pembocoran baru sejauh ini, Encik Gan berkata MOH akan terus memantau keadaan.

Encik Gan turut memberi amaran bahawa pihak polis akan mengambil "tindakan tegas", termasuk pendakwaan terhadap sesiapa yang meiliki, menyebarkan atau menggunakan maklumat sulit yang dibocorkan.

"Polis juga tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang bentuk gangguan atau ancaman terhadap mana-mana individu berhubung pembocoran ini," tambah beliau. "Tindakan tegas akan diambil terhadap pelakunya."

USAHA HUBUNGI INDIVIDU TERJEJAS

Menyentuh tentang para individu yang terjejas, Encik Gan berkata MOH sudah selesai menghubungi mereka, namun tidak semua yang dapat dihubungi. Ini kerana daftar senarai ini sudah diwujudkan sejak 1985 dan ramai sudah menukar nombor telefon dan alamat mereka.

Antara rakyat Singapura yang menghidap HIV dan masih hidup, MOH berhasil menghubungi 2,400 daripada 3,500 individu. Encik Gan menambah, mereka yang mempunyai sebarang keperihatinan boleh menghubungi talian hotline 6325 9220.

BIMBANG TENTANG KERJAYA ATAU PERLINDUNGAN INSURANS?

Encik Gan akur bahawa para individu yang terjejas mungkin prihatin tentang layanan tidak adil menyusuli insiden ini.

Berhubung kemungkinan dipecat, beliau menegaskan bahawa Kementerian Tenaga Manusia sudah memaklumkan kepadanya bahawa Singapura mempunyai undang-undang yang melindungi para pekerja daripada dipecat tanpa sebab munasabah, termasuk atas dasar HIV.

"Persatuan Insurans Hayat turut memberi jaminan kepada pemegang polisi bahawa syarikat insurans yang menerima maklumat berhubung insiden ini tidak akan mengambil kesempatan daripada maklumat tersebut," tambah beliau. "Mereka akan menghubungi pihak berkuasa dengan segera."

PEKERJA SOSIAL PERUBATAN JADI SASARAN

Kegelisahan ini turut dikongsi oleh satu lagi pihak, dan Encik Gan mendedahkan bahawa pekerja yang menghubungi para pesakit turut merasakan kekecewaan dan kemarahan para pesakit dan mereka juga terjejas dengan pengalaman ini.

Menurut beliau, para pekerja sosial perubatan turut "menjadi mangsa dan mereka juga dipersalahkan".

"Namun, mereka terus melakukan sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada individu yang terjejas."

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan