Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembocoran data HIV: Pihak berkuasa S'pura tolak "dakwaan tidak berasas" Mikhy Brochez

Lelaki yang dipercayai mendalangi pembocoran data HIV, Mikhy Brochez, membuat "dakwaan tidak berasas" terhadap siasatan kes, serta ke atas pihak polis dan penjara. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Jabatan Penjara Singapura (SPS) dalam satu kenyataan bersama hari ini (13 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembocoran data HIV: Pihak berkuasa S'pura tolak "dakwaan tidak berasas" Mikhy Brochez

Mikhy Farrera Brochez dituduh bocorkan data peribadi 14,200 orang yang positif-HIV. (Gambar: Mikhy Brochez/Mediacorp)

Diterbitkan : 13 Feb 2019 08:43PM Dikemas Kini : 13 Feb 2019 08:45PM

SINGAPURA: Lelaki yang dipercayai mendalangi pembocoran data HIV, Mikhy Brochez, membuat "dakwaan tidak berasas" terhadap siasatan kes, serta ke atas pihak polis dan penjara. Demikian menurut Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Jabatan Penjara Singapura (SPS) dalam satu kenyataan bersama hari ini (13 Feb).

Pada Rabu (13 Feb), Brochez dipercayai menyatakan menerusi satu catatan Facebook bahawa tuduhan terhadapnya "terang-terangan tidak benar". Di samping mendakwa bahawa terdapat seorang lagi individu terbabit dalam pembocoran data itu, Brochez menyatakan bahawa dia didera semasa ditahan polis. Dia kemudian menjangkiti HIV semasa dalam penjara dan tidak diberikan ubat-ubatan HIV semasa menjalani hukuman.

Kenyataan bersama itu juga mengesahkan polis sudah menyiasat individu yang didakwa Brochez turut terlibat dalam pembocoran data tersebut. Selepas menyoal siasat dan memeriksa peranti-peranti elektronik lelaki berkenaan, polis tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan beliau memiliki fail Kementerian Kesihatan mahupun mengongsi data Daftar HIV.

Dalam catatan Facebook itu juga, Brochez mendakwa bahawa dirinya didera semasa ditahan polis.

"Ini tidak benar. Tuduhan itu disiasat Pejabat Ehwal Dalaman Polis. Pejabat tersebut mendapati tuduhan-tuduhan itu tidak benar," menurut kenyataan itu lagi.

Mengulas tentang dakwaan bahawa Brochez diserang secara seksual dan terkena jangkitan HIV dalam penjara, kedua-dua agensi menyatakan bahawa dakwaan itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah (CID), yang kemudian mendapati tuduhan itu juga tidak benar. Sebaliknya, Brochez dikatakan melakukan "pelbagai kesalahan, termasuk menyerang seorang banduan dalam tahanan".

SPF dan SPS turut menjelaskan bahawa Brochez sudah lama menjangkiti HIV sebelum dipenjarakan pada 2016, sambil menambah bahawa ini "hanya bagi menyatakan perkara sebenar".

Satu lagi tuduhan yang dilemparkan Brochez adalah dia tidak dibenarkan mengambil ubat-ubatan HIV semasa menjalani hukuman.

Pihak berkuasa Singapura menyatakan bahawa ini tidak benar dan menarik perhatian bahawa Brochez sendiri mengaku dirinya positif-HIV sejak 2008 apabila dipenjara, tetapi enggan menjalani ujian-ujian darah yang perlu.

"Pihak penjara kemudian memeriksa dengan MOH (selepas Brochez enggan melakukan ujian darah), dan kemudian memberinya ubat-ubatan yang diperlukan," menurut kenyataan itu lagi.

"Brochez sudah dibicarakan dan didapati bersalah oleh Mahkamah Singapura," tambah kedua-dua agensi itu lagi.

"Dia kini membuat tuduhan tidak berasas tentang siasatan yang dijalankan serta terhadap Polis dan Penjara. Tindakannya membuktikan bahawa dia seseorang yang suka berbohong," menurut kenyataan.

MOH juga mengeluarkan kenyataan tentang isu yang menyatakan Brochez "terus membuat tuduhan yang sama ada palsu atau tidak disahkan dengan sebarang bukti."

"Perkara ini sudah disiasat dengan terperinci oleh Kementerian Kesihatan dan Polis. Brochez didapati bersalah di Mahkamah atas pelbagai kesalahan menipu dan dadah," menurut kementerian itu.

Ia juga menepis dakwaan Brochez bahawa daftar HIV digunakan untuk menyasarkan sekumpulan lelaki dengan orientasi seksual tertentu.

"Kebajikan mereka yang terjejas tetap menjadi keutamaan kami," tambahnya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan