Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembocoran data HIV: Mikhy Farrera Brochez dihukum penjara 2 tahun di AS

Warga Amerika Syarikat, Mikhy Farrera Brochez yang didakwa bersalah membocorkan maklumat daripada daftar HIV Singapura dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Jumaat (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Sep 2019 09:59PM Dikemas Kini : 29 Sep 2019 10:05PM

KENTUCKY: Warga Amerika Syarikat, Mikhy Farrera Brochez yang didakwa bersalah membocorkan maklumat daripada daftar HIV Singapura dijatuhi hukuman penjara dua tahun pada Jumaat (27 Sep).

Apabila bebas kelak, kegiatan Brochez akan diawasi selama 3 tahun.

Brochez didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kentucky pada Jun lalu atas beberapa tuduhan.

Ia termasuk melakukan peras ugut terhadap pemerintah Singapura dengan mengancam menyebarkan lebih luas maklumat daripada daftar HIV itu.

Dia mendapat maklumat tersebut dari seorang doktor yang merupakan teman lelakinya.

Pada Januari lalu, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) mengumumkan bahawa Brochez telah membocorkan nama dan alamat 14,200 warga Singapura dan asing yang positif HIV.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan