Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembocoran data HIV: Akaun Facebook Mikhy Brochez diturunkan

Akaun-akaun Facebook milik Mikhy Farrera Brochez, lelaki yang dipercayai mendalangi pembocoran data lebih 14,000 orang positif-HIV, sudah diturunkan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembocoran data HIV: Akaun Facebook Mikhy Brochez diturunkan

Catatan Facebook Mikhy Farrera Brochez tentang pembocoran data di media sosial langgar piawai pengguna Facebook. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 09:21PM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 09:24PM

SINGAPURA: Akaun-akaun Facebook milik Mikhy Farrera Brochez, lelaki yang dipercayai mendalangi pembocoran data lebih 14,000 orang positif-HIV, sudah diturunkan.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Facebook menyatakan ia mempunyai "Piawai Pengguna" yang menggariskan tentang catatan yang boleh dimuat naik atau sebaliknya.

"Di bawah dasar-dasar ini, kami memadam kandungan atau akaun-akaun yang mengongsi maklumat perubatan orang lain, dan sebarang kandungan yang mengancam pihak lain," kata seorang jurucakap.

"Akibat melanggar Piawai Pengguna kami bergantung kepada betapa serius pelanggaran yang dilakukan."

Pada Rabu (13 Feb), Brochez memuat naik satu catatan Facebook yang mendakwa tuduhan ke atasnya "terang-terangan tidak benar".

Dalam catatan itu, Brochez juga mendakwa bahawa terdapat seorang individu lagi yang terbabit dalam pembocoran data Daftar HIV. Dia juga mendakwa didera semasa ditahan polis, menjangkiti HIV semasa dalam penjara dan tidak dibenarkan mengambil ubat-ubatan HIV semasa menjalani hukuman.

Pihak berkuasa Singapura menolak tuduhan Brochez, sambil menyatakan bahawa tuduhan-tuduhannya tidak "berasas" dan menyifatkan Brochez sebagai "seseorang yang suka berbohong".

Brochez, yang menetap di Singapura sejak 2008, dihantar pulang ke Amerika Syarikat tahun lalu selepas dia didapati bersalah atas pelbagai kesalahan menipu dan kesalahan dadah, selain menipu tentang status HIVnya.

Dia diberkas dan didakwa di Amerika Syarikat kerana cuba menceroboh rumah ibunya di Kentucky pada Disember tahun lalu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan