Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembinaan 4 stesen Laluan Daerah Jurong bermula pada suku kedua

Kerja-kerja binaan di empat stesen MRT di Laluan Daerah Jurong (JRL) akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 06 Apr 2021 02:34PM Dikemas Kini : 06 Apr 2021 11:10PM

SINGAPURA: Kerja-kerja binaan di empat stesen MRT di Laluan Daerah Jurong (JRL) akan bermula pada suku kedua tahun ini.

Demikian menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Selasa (6 Apr).

Dua daripadanya, yang buat masa ini diberi nama Jurong Hill dan Jurong Pier, adalah di dalam kawasan perindustrian Jurong Town Corporation (JTC).

Dua lagi stesen adalah Nanyang Gateway dan Nanyang Crescent, kedua-duanya di kawasan Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Empat stesen itu dijangka siap menjelang 2029.

Dua kontrak awam dianugerahkan bagi pembinaan stesen-stesen dan jejantas pada nilai gabungan sebanyak S$526 juta, menurut LTA.

Kontrak pertama, bagi reka bentuk dan pembinaan stesen Jurong Hill dan Jurong Pier, dianugerahkan kepada syarikat China Civil Engineering Construction dan sebuah syarikat tempatan, SCB.

Kontrak S$263 juta itu juga termasuk pembinaan jejantas sepanjang 1.1 kilometer antara dua stesen di Jurong Pier Road.

Kontrak kedua, juga bernilai S$263 juta dianugerahkan kepada Hwa Seng Builder.

Kontrak itu termasuk rekaan dan pembinaan stesen-stesen Nanyang Gateway dan Nanyang Crescent dan sebuah jejantas antara 1.4km antara stesen-stesen itu.

JRL merupakan laluan MRT ketujuh. Ia akan menawarkan khidmat di lima lokasi utama di daerah barat - Choa Chu Kang, Jurong East, Boon Lay/Jurong West, Estet Perindustrian Jurong dan NTU.

JRL akan menyediakan 24 stesen atas tanah dan akan dihubungkan dengan Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat dengan stesen-stesen pertukarannya di Boon Lay, Choa Chu Kang dan Jurong East.

Laluan sepanjang 24 kilometer itu pada asalnya dijadualkan memulakan operasi pada 2026, namun ini mungkin tertangguh disebabkan "faktor-faktor akibat COVID-19" seperti kekurangan tenaga kerja dan gangguan bekalan bahan-bahan, menurut- LTA di laman webnya.

"Garis waktu yang dikaji semula bagai penyelesaian pembinaan serta pembukaan laluan sedang dimuktamadkan dan maklumat terkini akan dikeluarkan bila tiba masanya," menurut syarikat itu.

JRL akan menyediakan khidmat pada jarak 10 minit berjalan kaki bagi lagi 60,000 isi rumah.

Sedang kawasan-kawasan perumahan utama seperti Tengah terus dibangunkan, lebih banyak rumah akan meraih manfaat daripada JRL pada masa akan datang, menurut LTA.

Apabila selesai dibina, para penumpang di kawasan itu akan dapat menjimatkan masa. Contohnya perjalanan dari Choa Chu Kang ke NTU akan mengambil masa hanya 35 minit berbanding sejam sekarang, menurut LTA.

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan