Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembersih yang jumpa bom tangan mainan lalu tinggalkannya di pili bomba, didenda S$4,500

Seorang pekerja pembersihan menemui bom tangan mainan dekat pili bomba (fire hydrant) di Istana Park, dan meletakkannya pada kedudukan berdiri kerana ingin menguji tidak balas orang awam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembersih yang jumpa bom tangan mainan lalu tinggalkannya di pili bomba, didenda S$4,500

(Gambar: CNA)

Diterbitkan : 24 Jul 2019 02:24PM Dikemas Kini : 24 Jul 2019 02:39PM

SINGAPURA: Seorang pekerja pembersihan menemui bom tangan mainan dekat pili bomba (fire hydrant) di Istana Park, dan meletakkannya pada kedudukan berdiri kerana ingin menguji tidak balas orang awam.

Elankovan Marimuthu, yang bekerja sebagai pengendali mesin kanan, didenda S$4,500 pada Rabu (24 Jul) atas perbuatannya pada 3 November 2017.

Warga Singapura 59 tahun itu mengaku bersalah atas satu dakwaan menyebabkan keadaan cemas di bawah Akta Perlindungan Gangguan, yang membawa denda sehingga S$5,000.

Hakim Daerah May Mesenas memberitahunya bawah dia "bernasib baik pihak pendakwaan mengurangkan tuduhan, atau anda mungkin akan menerima hukuman tahanan".

Elankovan sebelum ini didakwa di bawah Akta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dengan tujuan memperdaya orang ramai bahawa bom tangan mainan itu mungkin akan meletup dan mengakibatkan kecederaan dan kerosakan kepada harta benda.

Tidak diketahui siapa yang meletakkan bom tangan mainan itu dekat dengan pili bomba.

"Ini satu pengajaran buat anda bahawa anda tidak boleh pandang ringan perkara ini .. selepas insiden ini, lihat apa yang berlaku, sumber awam yang perlu dikerahkan," kata hakim kepada Elankovan.

Apabila insiden dilaporkan, pihak polis terpaksa menyekat lalu lintas di Penang Lane dan menutup sebahagian jalan selama 45 minit, mengakibatkan kesesakan.

Pihak polis juga mengepung kawasan sekeliling persimpangan Penang Road dan Penang Lane selama sekitar sejam sementara para pegawai memeriksa objek itu.

Mahkamah pada Rabu difahamkan bahawa Elankovan membersihkan kawasan sekitar Istana Park sebagai sebahagian daripada tugasnya.

Pada hari kejadian, pada sekitar 7.00 pagi, dia ternampak bom tangan mainan dengan bahagian tepinya terkena lantai. Dia menggunakan penyepit untuk menegakkannya dan membiarkannya di situ.

Beberapa jam kemudian pada sekitar 2.00 petang, dua pemandu di persimpangan Penang Lane dan Orchard Road ternampak objek itu, dan salah seorang daripada mereka menelefon polis.

Kesemuanya 39 pegawai polis dan lapan anggota Angkatan Bersenjata Singapura dari Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologikal dan Letupan dikerahkan untuk menentukan sama ada objek itu menimbulkan ancaman keselamatan kepada orang awam.

Para pegawai polis juga memeriksa kawasan berdekatan seperti stesen MRT Dhoby Ghaut.

Sekitar tiga jam kemudian pada 5.00 petang, pihak berkuasa menentukan objek tersebut adalah bom tangan mainan. Penang Lane kemudian dibuka kembali kepada awam.

Timbalan Pendakwa Raya Thiagesh Sukumaran meminta denda itu dilaksanakan, sambil berkata "tidak keterlaluan untuk menyifatkan tindakan (Elankovan) sebagai tidak bertanggungjawab".

"Dalam suasana keselamatan hari ini, pihak berkuasa menasihatkan orang awam untuk memandang serius semua ancaman...lebih-lebih lagi kejadian itu berlaku di kawasan yang dianggap sensitif," kata pendakwa.

Dalam hujah pembelaannya, peguam Elankovan, Encik Rajan Supramaniam, berkata Elankovan tidak berpendidikan tinggi dan pernah mendapat Anugerah Pekerja Pembersih Terbaik pada 2012. Peguam itu juga menekankan anak guamnya "dianggap seorang pekerja yang dipercayai dan boleh diharap". 

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan