Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembelian F-35 tidak akan sebabkan kenaikan mendadak belanja pertahanan dalam Belanjawan 2019: Ng Eng Hen

Perbelanjaan pertahanan dalam Belanjawan tahun ini tidak akan meningkat dengan mendadak, menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Ahad (20 Jan), menyusuli pengumuman kementeriannya pada Jumaat bahawa ia akan membeli sejumlah kecil jet F-35 bagi menggantikan jet pejuang F-16 yang semakin usang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembelian F-35 tidak akan sebabkan kenaikan mendadak belanja pertahanan dalam Belanjawan 2019: Ng Eng Hen

Menteri Pertahanan Ng Eng Hen. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 21 Jan 2019 09:14AM Dikemas Kini : 21 Jan 2019 10:03AM

SINGAPURA: Perbelanjaan pertahanan dalam Belanjawan tahun ini tidak akan meningkat dengan mendadak, menurut Menteri Pertahanan Ng Eng Hen pada Ahad (20 Jan), menyusuli pengumuman kementeriannya pada Jumaat bahawa ia akan membeli sejumlah kecil jet F-35 bagi menggantikan jet pejuang F-16 yang semakin usang.

Menurut beliau, penggantian itu adalah "sebahagian daripada rancangan keseluruhan kami untuk memodenkan" Angkata Bersenjata Singapura dan tidak akan melampaui kekangan belanjawan pertahanan.

"Kami tahu bagaimana untuk memperuntukkannya dan jika kami merancang untuk jangka panjang, kami akan dapat melakukannya," menurut Dr Ng di luar Program bagi Kehidupan Aktif di Bishan.

"Oleh itu bidang pertahanan sentiasa melibatkan pelaburan yang besar tetapi kami tidak melihat kenaikan mendadak dalam peruntukan pertahanan dalam belanjawan tahun ini."

Model jet pejuang F-35A yang berlepas dan mendarat secara konvensional menelan kos AS$89.2 juta (S$121 juta), manakala model F-35B menelan kos AS$115.5 juta (S$157 juta).

Beberapa laporan menyarankan bahawa Singapura khususnya berminat untuk membeli model F-35B, yang berupaya berlepas dari landasan kapal terbang yang jaraknya lebih pendek dan mendarat seperti sebuah helikopter.

Pada Ahad (20 Jan), Dr Ng turut mengulas mengenai pertikaian maritim dan ruang udara antara Singapura dengan Malaysia.

"Pengajaran paling penting sejak kapal-kapal Malaysia memasuki perairan wilayah Singapura dekat Tuas serta situasi di Seletar dan isu-isu berkenaan ruang udara adalah: Kami mengelakkan daripada menyerang satu sama lain. Meleraikan pertikaian menerusi perbincangan aman dan rundingan adalah sentiasa lebih baik," menurutnya.

Dr Ng menambah bahawa kedua-dua pihak "sedang bergerak maju ke hadapan" dan para menteri dan pegawai dari kedua-dua negara berhubung antara satu sama lain. 

Sumber : Today/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan