Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembelajaran teknikal boleh bantu pelajar dalam ekonomi digital - Dr Janil

Huraian Singapura terhadap ekonomi digital perlu dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Jan 2018 07:26PM Dikemas Kini : 13 Jan 2018 09:39PM

SINGAPURA: Huraian Singapura terhadap ekonomi digital perlu dijadikan sebahagian daripada sistem pendidikan negara ini.

Menteri Negara Kanan Pendidikan, Dr Janil Puthucheary berkata demikian dalam ucaptamanya kepada para belia di Simposium St Gallen yang bertajuk, "Beyond the end of work" (Selepas berakhirnya kerja).

Menurut beliau, proses pembelajaran kemahiran teknikal di sekolah-sekolah dapat menjadi asas bagi para pelajar meningkatkan semula kemahiran sebagai pekerja dalam ekonomi digital.

Dr Puthucheary menambah bahawa peningkatan kemahiran yang sedia ada bagi golongan dewasa bakal menyertakan juga soal pendidikan mengenai budaya kerja yang berbeza.

Beliau turut berkata bahawa pemerintah mahu menyusun semula ekonomi negara dengan lebih cepat berbanding sebelumnya dan mengadakan satu sistem yang dapat disesuaikan dengan kematangan ekonomi.  

Sumber : CNA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan