Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembelajaran sepanjang hayat penting tetapi asas pendidikan tidak berubah: Ong Ye Kung

Di tengah-tengah gangguan industri dan pekerjaan akibat teknologi, Singapura perlu akur pentingnya pembelajaran sepanjang hayat, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Rabu (25 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembelajaran sepanjang hayat penting tetapi asas pendidikan tidak berubah: Ong Ye Kung

Menteri Pendidikan Ong Ye Kung (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 11:40PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 11:47PM

SINGAPURA: Di tengah-tengah gangguan industri dan pekerjaan akibat teknologi, Singapura perlu akur pentingnya pembelajaran sepanjang hayat, menurut Menteri Pendidikan Ong Ye Kung pada Rabu (25 Jul).

Beliau menambah ini merupakan kunci masa depan cerah bagi generasi muda.

Bercakap kepada para pakar ekonomi dan pemimpin industri di satu majlis jamuan malam, Encik Ong bagaimanapun menekankan bahawa ini tidak merubah asas-asas pendidikan di sekolah-sekolah dan institusi-institusi pengajian tinggi seperti nilai murni, celik digital dan kemahiran insaniah.

Menyentuh pula tentang peri pentingnya ijazah akademik berbanding kemahiran sebagai penentu kejayaan, Encik Ong berkata segulung ijazah boleh membuka peluang, namun para majikan semakin mementingkan kemahiran semasa mengambil dan menaikkan pangkat pekerja.

Beliau menekankan mereka mencari "kemahiran dan keupayaan terbukti", bukan sekadar "kelayakan (akademik) yang menyarankan mereka mungkin ada kemahiran dan keupayaan sedemikian".

KETIDAKSAMAAN KEKAL "ISU KOMPLEKS"

Encik Ong juga bercakap tentang ketidaksamaan, yang beliau sifatkan sebagai satu "isu kompleks".

Maka itu, tambah beliau, penting untuk Singapura terus berusaha menanganinya, termasuk dengan memegang teguh pada prinsip meritokrasi.

Encik Ong menekankan pendidikan memainkan peranan sebagai penyamarata landskap sosial dengan memberikan setiap pelajar "kunci yang sama" kepada pelbagai peluang.

Matlamatnya kata beliau, adalah memperbaiki kehidupan lebih ramai keluarga yang memerlukan agar cabaran mereka tidak menjejas prestasi anak-anak mereka.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan