Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembekal iPassion didenda kerana letak tanda SAFETY pada adaptor PMD tidak berdaftar

Pembekal peralatan iPassion Group didenda S$50,000 kerana menjual alat adaptor tidak berdaftar bagi alat mobiliti peribadi (PMD) dan melekatkan tanda SAFETY yang sepatutnya digunakan oleh modal-modal lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembekal iPassion didenda kerana letak tanda SAFETY pada adaptor PMD tidak berdaftar

Gambar fail sebuah skuter elektronik digunakan. (Gambar: AFP/Tobias Schwarz)

Diterbitkan : 08 Oct 2019 09:55PM Dikemas Kini : 08 Oct 2019 09:57PM

SINGAPURA: Pembekal peralatan iPassion Group didenda S$50,000 kerana menjual alat adaptor tidak berdaftar bagi alat mobiliti peribadi (PMD) dan melekatkan tanda SAFETY yang sepatutnya digunakan oleh modal-modal lain.

Pembekal itu mengaku bersalah kepada 15 tuduhan kerana gagal mematuhi Peraturan dan Piawai Perlindungan Pengguna (Peraturan Keselamatan) (CPSR) dan didenda pada Selasa (8 Okt), menurut Enterprise Singapore dalam satu kenyataan media, sambil menambah bahawa 34 lagi tuduhan bagi kesalahan-kesalahan serupa juga dipertimbangkan.

Di bawah peraturan itu, para pembekal bagi 33 kategori barangan yang dikawal - termasuk adaptor pengecas - mesti memastikan produk-produk itu diuji positif dan disahkan memenuhi piawaian keselamatan yang relevan.

Produk-produk iti juga mesti berdaftar dengan Enterprise Singapore dan dilekatkan dengan tanda SAFETY sebelum ia boleh dijual, dipamerkan dan diiklankan untuk penjualan.

Pada April 2016, seorang pelanggan mengutarakan isu alat adaptor pengecas PMD tidak berdaftar yang dibekalkan oleh syarikat itu.

Siasatan mendedahkan bahawa iPassion sejak sekian lama membekalkan 30 jenis adaptor berlainan yang dilekatkan dengan tanda SAFETY bersamaan alat PMD.

Bagaimanapun, syarikat itu hanya mempunyai lapan jenis adaptor berlainan yang didaftar dengan Enterprise Singapore pada ketika itu.

22 lagi jenis adaptor yang dibekalkan oleh syarikat itu tidak berdaftar tetapi mempunyai tanda SAFETY dilekatkan padanya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan