Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembantu sindiket Taiwan yang menyamar sebagai polis dipenjara

Seorang lelaki yang bertindak sebagai pembantu dalam satu sindiket Taiwan dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah hari ini (27 Dis) kerana terlibat menipu para mangsa sebanyak S$74,000.

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu sindiket Taiwan yang menyamar sebagai polis dipenjara

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 27 Dec 2018 06:01PM Dikemas Kini : 27 Dec 2018 06:04PM

SINGAPURA: Seorang lelaki yang bertindak sebagai pembantu dalam satu sindiket Taiwan dijatuhi hukuman penjara dua tahun setengah hari ini (27 Dis) kerana terlibat menipu para mangsa sebanyak S$74,000.

Huang Hsiang-Wei, 26 tahun, mengaku bertindak sebagai pembantu sementara seorang rakan subahat mengumpul wang tunai daripada dua mangsa-bertukar-keldai wang di South Bridge Road pada Januari tahun ini.

Wang itu dipindahkan kepada keldai-keldai wang daripada tiga mangsa - seorang pelajar dari China berusia 29 tahun, seorang ahli terapi kecantikan Vietnam berusia 31 tahun dan seorang pakar sokongan teknikal dari China, yang juga berusia 31 tahun.

Para mangsa menerima panggilan kononnya daripada pegawai polis warga China atau Singapura. Mangsa-mangsa diminta untuk memberi butiran akaun bank masing-masing kerana kononnya sedang disiasat bagi tuduhan pengubahan wang haram atau kesalahan-kesalahan lain.

Dengan butiran akaun bank yang diterima, para anggota sindiket memindahkan wang tunai dari akaun bank mangsa-mangsa kepada keldai wang yang kemudian mengeluarkan wang tersebut dan menyerahkannya kepada rakan subahat Huang, seorang rakyat Taiwan, Hsu Lai-De, 22.

Huang merancang untuk menyerahkan jumlah wang itu kepada seseorang yang dikenali sebagai "Jin Cheng Wu".

Namun, sedang dia menunggu "Jin Cheng Wu' berdekatan People's Park Complex di Chinatown, para pegawai polis yang sedang melakukan rondaan memerhatikan dia kelihatan gentar lalu memeriksanya.

Pihak polis menemui sekemping sampul surat dengan wang di dalamnya dan memberkas Huang. Hsu melarikan diri dari Singapura sebelum polis mula menjalankan siasatan.

Siasatan mendedahkan bahawa lawatan Huang ke Singapura itu adalah yang pertama baginya dan dia diberitahu tentang satu "peluang meraih keuntungan wang" daripada seorang kenalan judi online pada Disember 2017.

Dia cuba bertanya tetapi tidak mendapat maklumat tentang apakah tugasnya, kata pihak pendakwa. Dia bersetuju dengan saranan itu kerana dia memerlukan wang dan telah ke Singapura melalui penerbangan dengan kosnya ditanggung rakannya itu.

Timbalan Pendakwa Raya Alfie Lim meminta supaya hukuman penjara selama dua tahun setengah dijatuhkan, sambil berkata bahawa jenayah itu melibatkan sindiket rentas sempadan dari Taiwan dan "pembawaan masuk" jenayah ke Singapura.

Huang bertindak sebagai pembantu dan merupakan orang utama yang berkomunikasi secara langsung dengan sindiket tersebut dan menyampaikan maklumat kepada rakan subahatnya, tambah Encik Lim.

Peguam bela Huang, Encik Leon Koh, bagaimanapun berkata bahawa Huang "tidak ada sebab untuk percaya ia salah di sisi undang-undang" apabila dia menerima pekerjaan itu.

Hanya pada hari jenayah itu dilakukan, dia menyedari tindakannya itu melanggar undang-undang dan kesemua S$74,000 ditebus semula, tambah beliau.

Sebagai menjawab hujahnya itu, pendakwa berkata bahawa Huang merupakan "orang penghubung utama" yang menyediakan perkembangan terkini, meskipun akur bahawa Huang sudah dari awal lagi mengaku bersalah.

Selepas menjatuhkan hukuman, Hakim Daerah Shaifuddin Saruwan mengarahkan supaya wang tersebut dipulangkan kepada para pemiliknya.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan