Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pembantu rumah dijel campak kanak-kanak 5 tahun ke atas lantai dua kali

Seorang pembantu rumah yang mencampak kanak-kanak berusia lima tahun ke lantai sebanyak dua kali, menyebabnya berasa sengal di bahagian belakang, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Selasa (20 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pembantu rumah dijel campak kanak-kanak 5 tahun ke atas lantai dua kali

Petikan gambar daripada video yang tular. (Gambar: Legit Singapore/Facebook)

Diterbitkan : 20 Aug 2019 05:47PM Dikemas Kini : 20 Aug 2019 05:51PM

SINGAPURA: Seorang pembantu rumah yang mencampak kanak-kanak berusia lima tahun ke lantai sebanyak dua kali, menyebabnya berasa sengal di bahagian belakang, dijatuhi hukuman penjara lapan bulan pada Selasa (20 Ogos).

Pembantu rumah warga Indonesia yang berusia 24 tahun itu, tidak boleh dinamakan bagi melindungi identiti mangsa. Dia mengaku bersalah terhadap satu tuduhan menganiaya kanak-kanak di bawah Akta Kanak-kanak dan Orang Muda.

Ibu kanak-kanak lelaki itu membuat aduan polis selepas melihat satu rakaman video di Facebook yang dibuat seorang wanita yang secara kebetulan menyaksikan insiden tersebut.

Saksi itu memuat naik video tersebut dalam kumpulan WeChat, termasuk "masyarakat ibu Singapura", menurut Timbalan Pendakwa Raya Ang Siok Chen.

Video tersebut menjadi tular dan dikongsi di Facebook. Ibu mangsa tenampak video itu dan mengenali anak serta pembantu rumahnya. Beliau lalu membuat laporan polis.

Mahkamah diberitahu bahawa pembantu rumah itu mengejar kanak-kanak lelaki tersebut yang berlari ke sebuah padang di Punggol untuk bermain bola, pada pagi 12 Mac lalu.

Semasa berada di padang tersebut, pembantu rumah berkenaan mendukung kanak-kanak itu tetapi dia meronta-ronta. Pembantu rumah itu kemudian memukul punggung kanak-kanak itu, supaya dia berhenti meronta dan tidak terjatuh.

Bagaimanapun, apabila dia tidak berhenti meronta-ronta, pembantu rumah itu menjadi marah.

Dia secara sengaja mencampaknya ke lantai dan mendukungnya sekali lagi, sebelum mencampaknya buat kali kedua.

Pembantu rumah itu, yang tidak diwakili peguam, memberitahu hakim menerusi seorang penterjemah, bahawa dia ingin memohon maaf kepada majikannya atas kesalahan yang dilakukannya dan memohon hukuman lebih ringan.

Dia boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga empat tahun, didenda maksimum sebanyak S$4,000 atau kedua-duanya atas kesalahan menganiaya seorang kanak-kanak di bawah jagaannya.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan