Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu van yang akibatkan 2 kematian penunggang motosikal dipenjara 3 bulan

Pemandu khidmat pengiriman yang melanggar lapan penunggang motosikal sehingga dua di antaranya maut, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan hari ini (3 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu van yang akibatkan 2 kematian penunggang motosikal dipenjara 3 bulan

(Gambar: Aishah Osman)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 06:03PM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 06:07PM

SINGAPURA: Pemandu khidmat pengiriman yang melanggar lapan penunggang motosikal sehingga dua di antaranya maut, dijatuhi hukuman penjara tiga bulan hari ini (3 Apr).

Koh Boon Ping juga diharamkan daripada memandu selama lima tahun.

Koh mengaku bersalah ke atas tuduhan melakukan perbuatan cuai sehingga menyebabkan kematian dua penunggang motosikal Malaysia yang disahkan mati di tempat kejadian dalam kemalangan yang berlaku pada 11 Mac tahun lalu.

Dua lagi tuduhan kerana mencederakan enam penunggang motosikal lain - semuanya rakyat Malaysia - juga dipertimbangkan ketika menjatuhkan hukuman ke atasnya.

Koh memandu van syarikatnya di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) menghala Pusat Pemeriksaan Woodlands pada sekitar 3.50 petang ketika dia hilang kawalan kenderaan itu.

Van itu membelok ke kiri dan melanggar sekumpulan penunggang motosikal yang sedang berteduh di bahu jalan bawah sebuah jejambat.

"(Koh) kemudian panik dan secara tidak sengaja menekan akselarator... van bergerak cepat dan melanggar lapan penunggang motosikal," kata Timbalan Pendakwa Raya Lee Zu Zhao. "Van itu hanya berhenti selepas sebuah motosikal terperangkap di bawahnya."

Dua lelaki berusia 34 dan 50 tahun disahkan mati di tempat kejadian. Enam penunggang motosikal dalam kemalangan itu terselamat. Bagaimanapun lima di antaranya - berusia antara 21 hingga 53 tahun - mengalami patah tulang, kebanyakannya di bahagian rusuk dan tulang belakang.

Lelaki keenam yang berusia 53 tahun, mengalami pelelasan dan luka-luka.

Encik Lee menambah bahawa Koh "gagal untuk mengawal van yang dipandunya, sehingga mengakibatkan kemalangan (dan kematian dua orang)". Disebabkan cuai sehingga mengakibatkan kematian, Koh boleh dipenjara sehingga dua tahun dan/atau dipenjara.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan