Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi langgar joki kereta Marina Bay Sands dijel, diharamkan memandu

Pemandu teksi yang melanggar joki kereta di Marina Bay Sands (MBS) pada 2016 dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada hari ini (23 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi langgar joki kereta Marina Bay Sands dijel, diharamkan memandu

Petikan rakaman video menunjukkan teksi melanggar joki kereta di Marina Bay Sands (MBS). (Gambar: CNA)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 03:43PM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 03:47PM

SINGAPURA: Pemandu teksi yang melanggar joki kereta di Marina Bay Sands (MBS) pada 2016 dijatuhi hukuman penjara selama dua minggu pada hari ini (23 Jul).

Chua Choon Hock, 66 tahun, juga diharamkan daripada memandu selama tiga tahun selepas dibebaskan kelak.

Pada 24 September 2016, kira-kira jam 1.30 tengah hari, Chua tiba di 1 Bayfront Avenue Tower 1 di MBS dengan dua penumpang di dalam teksi merah TransCab yang dipandunya.

Selepas kedua-dua penumpang turun dari teksinya bersebelahan dengan lobi MBS Tower 1, Chua diarahkan oleh kakitangan hotel supaya menunggu di kawasan itu kerana terdapat tetamu hotel yang ingin ke Lapangan Terbang Changi.

Chua kemudian disuruh mengalihkan kenderaannya ke perhentian teksi berdekatan kerana para tetamu akhirnya tidak mahu menaiki teksi.

Chua kemudian memecut dan memandu teksinya dengan laju, menurut dokumen mahkamah. Dia melepasi lintasan zebra tanpa berhenti atau memberi laluan kepada pejalan kaki, sehingga nyaris-nyaris melanggar kedua-dua pejalan kaki itu.

Apabila Chua menyedari terdapat bebendul jalan di depannya, dia cuba membelok ke kanan untuk mengelak tetapi sebaliknya merempuh bebendul itu.

Dia kemudian hilang kawalan teksinya yang menyebabkannya melanggar joki kereta berkenaan, lalu tercampak sejauh beberapa meter.

Mangsa, Lew Yew Kee, 71 tahun, dibawa ke hospital dalam keadaan separuh sedar.

Beliau menjalani pembedahan pada bahagian kepala dan mengalami luka pada telinganya. Dia masih mengalami keradangan pada bahagian lutut kirinya.

Chua boleh dipenjara sehingga dua tahun dan didenda sehingga S$5,000 kerana menyebabkan kecederaan yang serius akibat kecuaiannya.

Sumber : CNA/KN/kn
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan