Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu teksi, kereta sewa boleh uji tawar khidmat penghantaran

Syarikat-syarikat teksi dan pengendali khidmat kereta sewa yang berminat untuk membolehkan para pemandu mereka menawarkan khidmat penghantaran pada tahap percubaan boleh menghubungi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk berbincang tentang kemungkinan itu. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu teksi, kereta sewa boleh uji tawar khidmat penghantaran

Para pemandu penghantatan menunggu untuk mengambil pesanan di Prime Now. (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 10 Sep 2018 06:21PM Dikemas Kini : 10 Sep 2018 06:23PM

SINGAPURA: Syarikat-syarikat teksi dan pengendali khidmat kereta sewa yang berminat untuk membolehkan para pemandu mereka menawarkan khidmat penghantaran pada tahap percubaan boleh menghubungi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) untuk berbincang tentang kemungkinan itu, kata Menteri Negara Kanan Pengangkutan Janil Puthucheary di Parlimen hari ini (10 Sep).

Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio Ang Hin Kee, Dr Puthucheary berkata bahawa LTA akan bekerjasama dengan para pengendali untuk menilai percubaan tersebut serta memastikan tiada kesan ketara terhadap jumlah teksi dan kereta sewa yang tersedia bagi para penumpang.

LTA juga akan memastikan syarat-syarat yang perlu untuk ditetapkan bagi melindungi kepentingan para penumpang sepanjang ujian itu dijalankan, seperti memastikan ada perlindungan insurans sekiranya berlaku kemalangan, kata Dr Puthucheary.

Di bawah undang-undang sedia ada, teksi dan kereta sewa bertujuan untuk menawarkan khidmat pengangkutan kepada para penumpang, dan tidak boleh digunakan untuk melakukan penghantaran makanan tanpa kelulusan LTA.

"Ini bagi memastikan teksi dan kereta sewa kekal tersedia bagi para penumpang untuk ke destinasi mereka," kata Dr Puthucheary.

Para pemandu yang didapati melanggar peraturan-peraturan yang ditetapkan, akan ditarik lesen vokasionalnya, tambah beliau.

Sejauh ini, bagaimanapun, belum ada pemandu yang melanggar peraturan-peraturan itu, kata Dr Puthucheary.

"LTA akan secara aktif menjalankan penguatkuasaan terhadap kesalahan seperti itu dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap para pesalah," tambah beliau.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan