Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Maserati yang langgar lari pegawai polis trafik ditangkap

Lelaki 34 tahun yang melanggar lari seorang pengawai polis trafik di Bedok Reservoir Road semalam (17 Nov) sudah ditangkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Maserati yang langgar lari pegawai polis trafik ditangkap

Lee Cheng Yan sudah ditangkap polis. (Gambar: SPF)

Diterbitkan : 18 Nov 2017 08:21AM Dikemas Kini : 18 Nov 2017 08:45AM

SINGAPURA: Lelaki 34 tahun yang melanggar lari seorang pengawai polis trafik di Bedok Reservoir Road semalam (17 Nov) sudah ditangkap.

Pemandu kereta berkenaan, Lee Cheng Yang, memandu laju ke arah pegawai polis trafik berusia 26 tahun itu ketika dia disuruh berhenti untuk menjalani pemeriksaan.

Pegawai polis trafik itu mengalami beberapa kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Besar Changi untuk mendapatkan rawatan.

Jurucakap polis memberitahu Mediacorp bahawa pegawai polis trafik itu dalam keadaan sedar.

Kereta yang dipandu Lee - sebuah kereta putih Maserati - ditinggalkan di Cedar Road berdekatan Upper Aljunied.

Dalam satu video yang dimuat naik ke platform media sosial, seorang penunggang motosikal cuba mengejar Lee.

LEE PERNAH DIDAKWA ATAS KESALAHAN LAIN

Dalam laporan berasingan sebelum ini, Lee dikatakan sudah melakukan beberapa perkara yang menyalahi undang-undang. Pada 4 Julai, kereta Maserati Lee ditahan selama 3 bulan. Dia juga dikenakan denda sebanyak S$13,500 kerana melanggar arahan trafik, selain membuat pengubahsuaian secara haram pada keretanya, yang digunakan dalam acara lumba di Malaysia.

Antara 2012 hingga 2015, Lee ditangkap lapan kali kerana mengubah suai sistem ekzos keretanya. Dalam tempoh tersebut, dia akan menyewa sistem ekzos yang diluluskan untuk mengelak pemeriksaan. Berikutan itu, pengubahsuaian haram akan dipasang kembali.

Polis juga menerima beberapa aduan tentang bunyi bising di kawasan kejiranan Lee.

Pada 2016, Lee terlibat dalam kemalangan trafik di Orchard Road, yang mengakibatkan larangan memandu dijatuhkan ke atasnya selama sembilan bulan. Dia juga didenda S$2,500 pada waktu itu.

Dalam satu insiden berasingan pada 2015, Lee membuat pusingan U secara haram, memasuki New Upper Changi Road, yang membahayakan keselematan pengguna jalan raya lain.

KEJADIAN MELIBATKAN PEGAWAI POLIS TRAFIK LAIN

Kejadian malam semalam merupakan insiden terkini yang melibatkan pegawai trafik polis.

Pada 2 Jun lalu, dua pegawai polis trafik dilanggar dalam percubaan mengejar lelaki 43 tahun yang memandu laju di Mackenzie Road, selepas Selegie Road.

Sehari sebelum itu, pegawai polis trafik Staff Sarjan Nadzrie Matin, 29 tahun, sedang melakukan rondaan apabila beliau terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di Serangoon Road pada 10.40 pagi.

Staff Sarjan Nadzrie dikejarkan ke Hospital Tan Tock Seng tetapi meninggal dunia akibat kecederaannya. Pemandu van berusia 52 tahun itu ditangkap semalam (17 Nov) atas tindakan cuai yang mengakibatkan kematian.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan