Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori yang gaduh dengan penunggang basikal dipenjara, didenda & dilarang memandu

Dipenjara tujuh minggu, didenda S$5,000 dan dilarang memandu selama dua tahun. Itulah hukuman yang dikenakan ke atas pemandu lori yang didapati bersalah, menyebabkan seorang penunggang basikal cedera.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori yang gaduh dengan penunggang basikal dipenjara, didenda & dilarang memandu

Pemandu lori Teo Seng Tiong dan penunggang basikal Cheung Hoyu. (Gambar-gambar: Rauf Khan, Roads.sg)

Diterbitkan : 14 Jan 2020 08:47PM Dikemas Kini : 14 Jan 2020 08:50PM

SINGAPURA: Dipenjara tujuh minggu, didenda S$5,000 dan dilarang memandu selama dua tahun. Itulah hukuman yang dikenakan ke atas pemandu lori yang didapati bersalah, menyebabkan seorang penunggang basikal cedera.

Pemandu itu didapati secara terburu-buru melakukan demikian selepas mereka berkelahi dalam satu insiden yang kemudiannya menjadi viral.

Teo Seng Tiong, yang berusia 59 tahun hari ini (14 Jan), didapati bersalah - menyusuli sesi perbicaraannya - kerana secara tiba-tiba memasuki lorong di mana penunggang basikal berkenaan berada. Insiden itu berlaku di Pasir Ris Drive 3 menghala ke New loyang Link sekitar pukul 11.55 pagi pada 22 Disember 2018.

Dia disabit kesalahan gagal membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas kemalangan tersebut.

Di mahkamah, pihak pendakwa turut menyenaraikan sabitan dan kesalahan-kesalahan trafik yang dilakukakan Teo sebelum ini.

Teo pernah secara sengaja menyebabkan kecederaan dengan menggunakan senjata berbahaya pada tahun 1988, melakukan perbuatan tidak senonoh pada 1993, berkelahi pada 1999, mencabul kehormatan seorang wanita pada 2007 dan sengaja menyebabkan kecederaan pada 2012.

Sejak tahun 2000 pula, Teo melakukan kesalahan-kesalahan seperti memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan, memandu dengan cuai, gagal berhenti semasa lampu merah dan gagal memberi laluan kepada kenderaan lain.

Hakim Daerah Chay Yuen Fatt berkata beliau tidak setuju dengan peguam bela bahawa Teo harus didenda atas kesalahan-kesalahan berkaitan memandu, disebabkan jenis kesalahannya serta tahap kesalahan Teo.

Sekalipun demikian, Hakim Chay berkata pihak pendakwa "tidak memberikan pertimbangan yang mencukupi kepada perbuatan sengaja dan sikap provokatif penunggang basikal berkenaan yang menghadang laluan tertuduh dan kemudian memecahkan cermin sisi lori Teo, walaupun reaksi Teo tidak wajar".

Hakim Chay menjatuhkan hukuman yang lebih ringan ke atas Teo berbanding apa yang diminta pihak pendakwa.

Peguam Teo, Chia Boon Teck berkata anak guamnya berniat untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan dan hukuman tersebut.

Hakim juga menaikkan jumlah ikat jamin dari S$1,000 kepada S$6,000.

Penunggang basikal dalam kes ini, Eric Cheung Hoyu, didenda S$2,800 pada bulan April tahun lalu atas perbuatan nakal dan tidak memandu dengan cermat serta melanggar peraturan trafik. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan