Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori diharamkan daripada memandu, dijel 4 minggu atas kematian warga tua

Beliau turut mengalami serangan jantung sejurus setelah menjalani pembedahan dan pihak hospital cuba menyelamatkannya, tetapi beliau mengalami satu lagi serangan jantung dan meninggal dunia pada petang itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori diharamkan daripada memandu, dijel 4 minggu atas kematian warga tua

Tempat kemalangan itu berlaku.

Diterbitkan : 18 Jul 2018 08:17PM Dikemas Kini : 18 Jul 2018 08:24PM

SINGAPURA: Pemandu penghantaran yang melanggar lelaki lanjut usia dalam kemalangan di luar Bugis+ tahun lalu dijatuhi hukuman penjara selama empat minggu pada hari ini (18 Jul) dan dia juga diharamkan daripada memandu selama lima tahun. Mangsa meninggal dunia pada hari yang sama di hospital.

Encik Koh Kian Chuan, 61 tahun, sedang memandu di Victoria Street pada 18 November tahun lalu sekitar jam 10.30 pagi.

Apabila dia membelok ke arah kiri dari Victoria Street ke arah Manila Street, lori yang dipandunya melanggar seorang pejalan kaki, Encik Yeo Kim Yiam yang berusia 80 tahun.

Encik Yeo sedang melintas jalan raya di Manila Street, menurut dokumen-dokumen mahkamah, tetapi Koh tidak memperlahankan kenderaannya atau memeriksa sama ada terdapat pejalan kaki.

Encik Yeo dibawa ke Hospital Besar Singapura dan didapati cedera parah pada bahagian otaknya dan beberapa tulang yang retak.

Beliau turut mengalami serangan jantung sejurus setelah menjalani pembedahan dan pihak hospital cuba menyelamatkannya, tetapi beliau mengalami satu lagi serangan jantung dan meninggal dunia pada petang itu.

Koh tidak dalam keadaan mabuk dan lorinya juga tidak mengalami sebarang masalah, menurut laporan toksikologi dan laporan kerosakan kenderaan.

Hakim Daerah Edgar Foo pada hari Rabu (18 Jul) menjatuhkan hukuman penjara selama empat minggu ke atas Koh. Dia juga tidak dibenarkan memiliki atau mendapatkan lesen bagi semua kelas memandu selama lima tahun setelah dibebaskan dari penjara kelak.

Atas tuduhan menyebabkan kematian gara-gara kecuaiannya meskipun tanpa niat membunuh, Koh boleh dijatuhi hukuman penjara sehingga dua tahun dan didenda. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan