Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu lori 76 tahun meninggal dunia dalam nahas di West Coast Road

Seorang lelaki 76 tahun meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di West Coast Road menghala ke Pasir Panjang pada Isnin (27 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu lori 76 tahun meninggal dunia dalam nahas di West Coast Road

Petikan skrin.

Diterbitkan : 27 Sep 2021 10:51PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 10:53PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 76 tahun meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori tangki di West Coast Road menghala ke Pasir Panjang pada Isnin (27 Sep).

Polis menyatakan mereka dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar pukul 6.10 petang.

Pemandu lori itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa ke hospital di mana beliau kemudian meninggal dunia.

Tiada kecederaan lain dilaporkan, menurut polis.

Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan lelaki itu dibawa ke Hospital Universiti Nasional.

Rakaman video kejadian berkenaan menunjukkan lori tangki itu berada di tepi jalan raya. Polis trafik dan pegawai SCDF juga berada di tempat kejadian.

Polis menyatakan siasatan masih dijalankan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan