Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu kes langgar lari di Cantonment Road berjaya ditahan

Pemandu kedua yang didakwa terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita berusia 69 tahun di Cantonment Road pada Ahad lalu (5 Jan), sudah ditahan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2020 05:27PM Dikemas Kini : 12 Jan 2020 11:00PM

SINGAPURA: Pemandu kedua yang didakwa terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa seorang wanita berusia 69 tahun di Cantonment Road pada Ahad lalu (5 Jan), sudah ditahan.

Menurut polis, seorang lelaki 25 tahun ditahan sebelum ini kerana memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian..

Menjawab kepada pertanyaan Mediacorp pada Ahad (12 Jan), Pasukan Polis Singapura menyatakan mereka memberkas seorang wanita berusia 44 tahun pada Jumaat (10 Jan).

"(Wanita itu) melarikan diri dari tempat kejadian sebelum polis tiba... dan ditangkap pada 10 Jan kerana gagal menghulurkan bantuan," kata polis.

Gambar kemalangan itu tular di media sosial dan menunjukkan sebuah kereta Maserati berwarna merah dengan khemah polis di sebelahnya.

Rakaman video kemalangan itu juga muncul, menunjukkan dua kereta merah berhenti berhampiran sebuah basikal berkuasa elektrik yang musnah.

Sebuah kereta Honda berwarna hijau kemudian dilihat melanggar seorang pejalan kaki - dipercayai wanita berusia 69 tahun itu lalu meninggalkan tempat kejadian.

Pada Isnin lalu (6 Jan), sebuah kereta yang dipercayai terbabit dalam kes berkenaan ditunda polis dari tempat letak kereta di Jalan Sultan.

Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan