Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu kereta cedera nahas bas dan treler dihantar ke hospital

Seorang lelaki berusia 48 tahun dibawa ke hospital menyusuli kemalangan di Woodlands Road pada pagi Khamis (20 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu kereta cedera nahas bas dan treler dihantar ke hospital

(Gambar: Ng Eng Heng)

Diterbitkan : 20 Feb 2020 04:26PM Dikemas Kini : 20 Feb 2020 04:32PM

SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 48 tahun dibawa ke hospital menyusuli kemalangan di Woodlands Road pada pagi Khamis (20 Feb).

Polis dimaklumkan mengenai kemalangan itu pada sekitar 8.00 pagi. Kejadian tersebut melibatkan kereta yang dipandu lelaki berkenaan, sebuah bas dan treler.

Pemandu kereta itu berada dalam keadaan sedar semasa dibawa ke Hospital Besar Ng Teng Fong, menurut polis.

Sekeping gambar kejadian berkenaan menunjukkan sebuah kereta sedan terbalik di tengah jalan, bersebelahan sebuah treler.

Bahagian depan kereta kelihatan remuk teruk, dengan pintu bahagian pemandu tergantung dari kenderaan.

Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan makluman amaran kepada para pemandu tentang kemalangan itu pada sekitar 8.50 pagi.

Dalam satu catatan susulan di Twitter 10 minit kemudian, LTA memaklumkan berlaku kesesakan hingga ke Turf Club Avenue, dan para pemandu dinasihatkan agar mengelak lorong kiri dalam satu lagi tweet hampir dua jam selepas itu.

Siasatan polis sedang dijalankan

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan