Images
  • parking sg
    Gambar aplikasi Parking.sg. (Gambar: MCI)

Pemandu jimat lebih S$3.3 juta bagi masa letak kereta tidak digunakan

SINGAPURA: Satu aplikasi bayaran letak kereta yang dilancarkan pada Oktober 2017 sudah membantu para pemandu menjimatkan lebih $3.3 juta bagi masa letak kereta yang tidak digunakan.

Pihak berkuasa menyatakan bahawa sejak aplikasi Parking.sg dilancarkan, ia sudahpun digunakan sebanyak 15 juta kali.

Aplikasi Parking.sg boleh digunakan di 1,100 tempat letak kereta. Menurut pencipta aplikasi itu, ia lebih mudah digunakan berbanding kupon bayaran letak kereta.

Para pemandu yang menggunakannya juga boleh mendapat semula wang mereka bagi bayaran masa meletak kereta yang tidak digunakan.

Setakat ini, lebih $3.3 juta sudah dibayar balik kepada para penggunanya berdasarkan ciri tersebut.

Aplikasi itu kini semakin mendapat sambutan hangat. Menurut Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech), seramai 550,000 atau 60 peratus pemandu kenderaan sudahpun menggunakan aplikasi tersebut sejak ia dilancarkan 15 bulan lalu. Ia kini sudah digunakan sebanyak 15 juta kali.

Ini berbanding lima bulan pertama pelancarannya apabila aplikasi tersebut digunakan sebanyak 2 juta kali oleh 250,000 kenderaan.

Agensi itu turut menyatakan bahawa seramai 700,000 orang sudah memuat turun aplikasi itu. 

- CNA/UR/ai

Top