Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Grab dituduh keluar bekerja meski diberi cuti sakit

Meskipun diberi cuti sakit yang memerlukannya duduk di rumah selama lima hari, seorang pemandu Grab dipercayai keluar bekerja dan mengambil tujuh penumpang sepanjang tempoh dua hari.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Meskipun diberi cuti sakit yang memerlukannya duduk di rumah selama lima hari, seorang pemandu Grab dipercayai keluar bekerja dan mengambil tujuh penumpang sepanjang tempoh dua hari.

Rahim Mahon, 63 tahun, berdepan dua tuduhan di bawah Akta Penyakit Berjangkit kerana mendedahkan individu lain kepada risiko jangkitan.

Dia didakwa pada 3 November dan dihadapkan semula ke mahkamah pada Khamis (25 Nov) bagi sebutan lanjut kesnya.

Menurut kertas pertuduhan, Rahim mengunjungi Poliklinik Choa Chu Kang pada 15 Januari tahun ini. Doktor yang merawatnya memberikan cuti sakit yang memerlukannya duduk di rumah selama lima hari antara 15 Januari dengan 19 Januari kerana dia mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan.

Dia juga mempunyai sebab untuk mengesyaki bahawa dia dijangkiti COVID-19 atau bersentuhan dengan seseorang yang terjangkit, namun dia dikatakan keluar rumah di Teck Whye pada hari yang sama untuk mengambil penumpang Grab.

Dokumen mahkamah bagaimanapun tidak mendedahkan sama ada Rahim benar-benar dijangkiti COVID-19.

Pada 15 Januari, dia dipercayai mengambil seorang penumpang menerusi tempahan Grab dari Pavilion Grove lalu menghantarnya ke Beach Road, sebelum mengambil seorang lagi penumpang dari Mackenzie Road dan menghantar mereka ke Mount Sophia.

Pada keesokan harinya, Rahim mengambil lima lagi penumpang Grab antara pukul 8.45 pagi hingga 2.00 petang, menurut kertas pertuduhan.

Dia mengambil penumpang pertama dari Senja Road lalu menghantarnya ke Handy Road, sebelum mengambil seorang lagi penumpang dari Senja Road ke Kaki Bukit. Dia mengambil lagi tiga penumpang dari Bedok Reservoir Road ke Cleantech Loop, Jalan Bahar ke Orchid Club Road dan Yishun ke Dempsey Road.

Rahim yang merancang untuk mengaku bersalah turut berkata bahawa dia memikul "banyak tanggungjawab keluarga". Dia diberikan tarikh untuk berbuat demikian pada Januari.

Jika didapati bersalah kerana mendedahkan orang lain kepada risiko jangkitan, dia boleh dihukum penjara sehingga enam bulan, didenda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya bagi setiap tuduhan.

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan