Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu Grab dipenjara 12 hari, curi telefon bimbit ditinggalkan penumpang

Seorang pemandu Grab dikenakan hukuman penjara 12 hari pada Selasa (4 Nov), kerana mengambil telefon bimbit yang tercicir di kenderaannya oleh seorang penumpang.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Grab dipenjara 12 hari, curi telefon bimbit ditinggalkan penumpang

(Gambar fail: Laman Grab)

Diterbitkan : 05 Nov 2020 01:26PM Dikemas Kini : 05 Nov 2020 01:27PM

SINGAPURA: Seorang pemandu Grab dikenakan hukuman penjara 12 hari pada Selasa (4 Nov), kerana mengambil telefon bimbit yang tercicir di kenderaannya oleh seorang penumpang.

Fok Kar Lam, 42 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan melakukan tindakan yang tidak jujur dengan mengambil telefon bimbit iPhone 11 bernilai lebih daripada S$1,000 milik seorang pelancong warga Indonesia.

Mahkamah diberitahu bahawa mangsa, 43 tahun, menaiki kereta Fok bersama seorang temannya pada malam 26 Feb.

Semasa dalam perjalanan itu, mangsa meletakkan telefon bimbitnya di tempat duduk, dan terlupa mengambilnyasemula apabila beliau turun daripada kereta itu bersama temannya 15 minit kemudian.

Ketika di restoran, mangsa menyedari bahawa telefon bimbitnya hilang dan teman beliau cuba menghubungi telefon bimbit mangsa untuk mengesan lokasinya, namun tidak berjaya.

Temannya juga cuba menghubungi Fok melalui aplikasi Grab namun tidak menerima jawapan.

Pada kira-kira pukul 11 malam yang sama, seorang penumpang menaiki kenderaan Grab Fok di Turf Club Road dan menemui telefon bimbit itu di tempat duduk belakang.

Beliau memberitahu Fok mengenai penemuan itu dan menyerahkannya kepada Fok untuk disimpan dan diberikan kepada Grab.

Fok akur akan hal itu dan menurut dokumen mahkamah, dia meletakkan telefon bimbit berkenaan "dekat dengan kotak gear" kenderaannya sebelum terus memandu.

Penumpang itu juga memetik gambar telefon bimbit tersebut bagi menunjukkan di mana ia diletak sebelum turun di Yishun.

Meskipun dia sudah bersetuju untuk mengembalikan telefon itu, Fok secara tidak jujur mengambil telefon bimbit tersebut. Dia juga tidak berniat untuk menjejaki dan memulangkan telefon bimbit itu kepada pemiliknya dan terus memandu kenderaan Grabnya, kata Pendakwa Raya Ting Nge Kong.

Selepas tengah malam pada 27 Feb, teman mangsa membantu menjejaki telefon bimbit milik mangsa menerusi aplikasi "Find my iPhone" dan mendapati bahawa ia dalam perjalanan dari Yishun ke Sengkang.

Fok menerima pertanyaan daripada Grab berhubung telefon bimbit itu selang beberapa minit selepas itu, namun dia menafikan jumpa atau menerima telefon bimbit berkenaan.

Mangsa kemudian membuat aduan polis mengenai telefon bimbitnya yang hilang yang menurut beliau dianggarkan bernilai AS$999 (S$1,387).

Fok dikenal pasti menerusi siasatan polis, namun telefon bimbit itu tidak dapat ditemukan kembali dan dia tidak membuat pembayaran semula kepada mangsa.

Bagi kesalahan itu, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun, didenda atau kedua-duanya sekali.

Mediacorp sudah pun menghubungi Grab bagi mendapatkan maklumat lanjut. 

Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan