Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pemandu ditangkap selepas lori rempuh pokok di Boon Lay

Seorang lelaki 26 tahun ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas lorinya merempuh sebatang pokok di Boon Lay Place hari ini (4 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu ditangkap selepas lori rempuh pokok di Boon Lay

Gambar kemalangan di Boon Lay Place yang tersebar di media sosial.

Diterbitkan : 04 Feb 2018 04:27PM Dikemas Kini : 04 Feb 2018 04:29PM

SINGAPURA: Seorang lelaki 26 tahun ditangkap kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk selepas lorinya merempuh sebatang pokok di Boon Lay Place hari ini (4 Feb).

Tiada kecederaan dilaporkan sejauh ini.

Polis menyatakan bahawa ia dimaklumkan tentang insiden itu pada 7.46 pagi.

Gambar yang tersebar di Telegram, iaitu aplikasi pesanan ringkas, menunjukkan bahagian depan lori tersebut remuk selepas merempuh sebatang pokok di pembahagi jalan.

Dahan pokok tersebut juga kelihatan menghempap kenderaan tersebut.

Polis sedang meneruskan siasatan.  

Sumber : CNA/SM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan