Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelumba basikal warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam longkang

Seorang pelumba basikal warga Singapura yang hilang ketika menyertai perlumbaan Perak Century Ride 2018 pada tengah Ahad lalu (6 Mei) ditemui meninggal dunia di dalam longkang di Jalan Bemban di Batu Gajah hari ini (9 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelumba basikal warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam longkang

Abdul Samat Ismail yang hilang di Perak semasa acara lumba berbasikal. (Gambar: Perak Century Ride 2018/Facebook)

Diterbitkan : 09 May 2018 05:40PM Dikemas Kini : 09 May 2018 05:43PM

BATU GAJAH: Seorang pelumba basikal warga Singapura yang hilang ketika menyertai perlumbaan Perak Century Ride 2018 pada tengah Ahad lalu (6 Mei) ditemui meninggal dunia di dalam longkang di Jalan Bemban di Batu Gajah hari ini (9 Mei).

Mayat mangsa, Abdul Samat Ismail, 56, dijumpai salah seorang rakan berbasikalnya pada pukul 1.50 tengah hari ketika melakukan pencarian di sekitar lokasi terakhir mangsa hilang, lapor Kosmo! Online.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Penolong Pesuruhjaya Ahmad Tarmizi Shaari berkata, mayat mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di dalam longkang bersama basikalnya di tepi Jalan Bemban kira-kira 13 kilometer dari garisan penamat perlumbaan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng.

"Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai mahu membuang air kecil di kawasan tersebut sebelum jatuh ke dalam longkang kecil di tepi jalan.

"Siasatan lanjut bagaimanapun masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Batu Gajah untuk proses bedah siasat," kata beliau, menurut laporan Kosmo! Online.

Penolong Pesuruhjaya Ahmad Tarmizi, polis mengklasifikasikan kes tersebut sebagai mati mengejut sementara menunggu hasil bedah siasat.

Kosmo! Online kelmarin melaporkan, seorang pelumba basikal warga Singapura dilaporkan hilang di Jalan Siputeh – Batu Hampar menuju ke RTC Gopeng ketika menyertai perlumbaan menunggang basikal Perak Century Ride 2018 Ahad lalu.

Kehilangan mangsa disedari anggota pasukannya kira-kira pada pukul 6.00 petang selepas beliau tidak muncul di garisan penamat. 

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan