Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Peluang India sertai semula RCEP kekal terbuka: DPM Heng

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memberitahu India peluang untuk menyertai Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) kekal terbuka. 

Anggaran Waktu Membaca:
Peluang India sertai semula RCEP kekal terbuka: DPM Heng
Diterbitkan : 11 Aug 2021 06:53PM Dikemas Kini : 11 Aug 2021 07:01PM

SINGAPURA: Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat memberitahu India peluang untuk menyertai Kerjasama Ekonomi Menyeluruh Serantau (RCEP) kekal terbuka.

India adalah antara 16 negara yang terlibat dalam perbincangan bagi RCEP, perjanjian perdagangan bebas terbesar di dunia.

Namun, India akhirnya menarik diri dengan memberi sebab ia perlu melindungi kepentingan industri tempatan.

Encik Heng berkata demikian kepada para pemimpin perniagaan India di Mesyuarat Tahunan Persekutuan Industri India hari ini (11 Ogos).

Encik Heng juga menyentuh tentang integrasi ekonomi dengan rantau ini, yang menurutnya, boleh membantu membuka lebih luas potensi India.

Beliau menarik perhatian tentang "peluang besar" bagi syarikat-syarikat India terutama di Asia Tenggara.

Perdagangan dua hala antara ASEAN dengan India telahpun naik seganda sejak Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dua hala dipersetujui lebih sedekad lalu.

Encik Heng menambah kedua-dua pihak mempunyai kekuatan yang saling melengkapi dan boleh dimanfaatkan dalam era pasca COVID. 

Sumber : CNA/EM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan