Images
  • halimah duterte
    Presiden Halimah berjabat tangan dengan Presiden Duterte pada 9 Sep semasa Lawatan Negara ke Filipina (Gambar: Ted Aljibe/AFP)

Peluang bagi syarikat S'pura teroka pasaran Filipina

SINGAPURA: Syarikat-syarikat Singapura, kecil ataupun besar, akan mempunyai lebih banyak peluang untuk terus meneroka pasaran Filipina.

Perkara itu menjadi agenda utama atur cara hari ketiga Lawatan Negara Presiden Halimah Yacob ke Filipina pada Selasa (10 Sep).

Di majlis jamuan tengah hari anjuran Majlis Perniagaan Filipina-Singapura, Presiden Halimah berkata kedua-dua negara boleh meningkatkan lagi kerjasama dalam bidang prasarana, modal insan dan inovasi.

Beliau memberi contoh tentang perniagaan-perniagaan Filipina di Singapura dan sebaliknya.

Semasa lawatannya itu, Presiden Halimah juga menyaksikan pembukaan The Podium, sebuah kompleks pejabat dan jualan runcit, yang terletak di daerah pusat perniagaan Manila.

Ia mendapat ilham daripada pembangunan di kawasan Marina Bay Singapura yang menempatkan pekerjaan, gaya hidup dan kegiatan riadah di satu tempat.

Syarikat-syarikat kecil dan sederhana Singapura juga berada di kompleks tersebut kerana menyertai pesta gaya hidup dan makanan. 

- CNA/SY/tq

Top