Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelihara terlalu banyak anjing, langgar peraturan, Pretty Pets Kennel didenda

Pemegang lesen Pretty Pets Kennel didenda S$8,500 kerana melanggar syarat-syarat pelesenan bagi tempat peternakan haiwan dan memelihara anjing tanpa lesen.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelihara terlalu banyak anjing, langgar peraturan, Pretty Pets Kennel didenda

(Gambar: AVA)

Diterbitkan : 05 Apr 2018 08:48AM Dikemas Kini : 05 Apr 2018 08:51AM

SINGAPURA: Pemegang lesen Pretty Pets Kennel didenda S$8,500 kerana melanggar syarat-syarat pelesenan bagi tempat peternakan haiwan dan memelihara anjing tanpa lesen.

Ini didedahkan Penguasa Agromakanan dan Veterinar (AVA) semalam (4 Apr).

Semasa pemeriksaan pada Mac 2017, AVA mendapati Choo Pui Lee, 42, memelihara terlalu banyak anjing dalam premis Pretty Pets Kennel. AVA juga mendapati dia memelihara anjing-anjing tanpa membuat permohonan lesen. Selain itu, kandang besi dan tempat bermain untuk haiwan di premis itu juga rosak.

Pada Ogos 2017, AVA menyatakan ia mendapati Choo gagal memenuhi syarat-syarat pelesenan yang lain - khususnya, gagal untuk mengeluarkan surat kematian bagi seekor anak anjing selain tidak mendapatkan lesen bagi satu lagi anjingnya.

AVA kerap melakukan pemeriksaan ke atas kedai-kedai dan tempat peternakan haiwan. Pihak berkuasa menasihati orang ramai supaya melaporkan sebarang pengendali tidak bertanggungjawab kepada pihaknya melalui laman AVA atau hotline 1800-476-1600. 

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan