Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelibatan wanita S'pura dalam politik satu kemajuan; peranan terus berkembang

Pelibatan wanita Singapura dalam bidang politik sememangnya satu kemajuan dan peranan mereka terus berkembang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Apr 2021 08:26PM Dikemas Kini : 17 Apr 2021 09:19PM

SINGAPURA: Pelibatan wanita Singapura dalam bidang politik sememangnya satu kemajuan dan peranan mereka terus berkembang.

Idea dan saranan para pemimpin wanita di parlimen misalnya, sudah membawa perubahan besar kepada kehidupan rakyat.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri Indranee Rajah berkata demikian hari ini, apabila ditanya sekiranya rombakan kabinet akan datang, bakal menyaksikan lebih banyak perwakilan wanita.

Soalan tersebut diajukan di luar satu forum mengenai isu-isu wanita yang dihadiri sekitar 50 orang dari masyarakat India.

Ia hanya salah satu dari lebih 100 perbincangan yang diadakan pemerintah untuk mengumpul maklum balas daripada pelbagai segmen masyarakat.

Salah laku seksual di sekolah, serta layanan tidak sama rata di tempat kerja, antara keprihatinan yang diutarakan di sesi hari ini.

Maklum balas dan saranan-saranan daripada perbincangan tersebut akan menjadi asas-asas Kertas Putih yang bakal dibentangkan di Parlimen pada separuh kedua tahun ini.  

Sumber : CNA/AQ/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan