Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelekat jarak selamat di pengangkutan awam ditanggalkan; penumpang digalak guna aplikasi SafeEntry

Pelekat-pelekat jarak selamat di dalam pengangkutan awam akan ditanggalkan secara bertahap-tahap untuk membuka lebih banyak ruang bagi penumpang dalam kereta api dan bas.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 01 Jun 2020 09:11PM Dikemas Kini : 01 Jun 2020 11:25PM

SINGAPURA: Pelekat-pelekat jarak selamat di dalam pengangkutan awam akan ditanggalkan secara bertahap-tahap untuk membuka lebih banyak ruang bagi penumpang dalam kereta api dan bas.

Ia dilakukan dengan sepertiga tenaga kerja Singapura akan kembali bertugas di tempat kerja mereka mulai esok (2 Jun).

Maka itu, Kementerian Pengangkutan (MOT) menyatakan langkah-langkah jarak selamat agak mencabar untuk dilaksanakan semasa waktu sibuk.

Justeru, ia menggalakkan para majikan untuk membenarkan aturan kerja fleksibel manakala para penumpang perlu memainkan peranan mereka.

Mulai 2 Jun, kekerapan khidmat pengangkutan awam dan waktu beroperasi akan kembali seperti sebelum tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19.

Menteri Negara Kanan Pengangkutan, Dr Janil Puthucheary berkata: "Untuk membolehkan khidmat pengangkutan awam kita membawa lebih banyak orang, kita harus menanggalkan pelekat dan membenarkan orang duduk. Duta pengangkutan kita, sudah keluar untuk membantu orang ramai, mereka akan terus berbuat demikian untuk membantu penumpang menjaga keselamatan, terus gunakan pelitup, jangan berbual, kerana ia perkara yang dapat kita lakukan untuk mendedahkan risiko kepada penumpang lain."

Kerja-kerja pembersihan di pengangkutan awam juga akan dipertingkatkan dengan permukaan-permukaan disembur dengan cecair lapisan pembasmi kuman.

Para penumpang pula boleh menggunakan aplikasi SafeEntry untuk membantu dalam proses pengesanan kontak.  

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Android dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp

Sumber : CNA/HK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan