Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai usaha dijalankan tahun ini bagi kurangkan penggunaan kenderaan

Usaha Singapura untuk mengurangkan penggunaan kereta akan maju setapak lagi apabila kadar pertumbuhan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) dikurangkan kepada sifar.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai usaha dijalankan tahun ini bagi kurangkan penggunaan kenderaan

Gambar: TODAY

Diterbitkan : 23 Dec 2017 08:56PM Dikemas Kini : 23 Dec 2017 08:58PM

SINGAPURA: Usaha Singapura untuk mengurangkan penggunaan kereta akan maju setapak lagi apabila kadar pertumbuhan Sijil Hak Milik Kenderaan (COE) dikurangkan kepada sifar.

Sebelum itu, Singapura mula melaksanakan beberapa daya usaha tahun ini, bagi mengurangkan penggunaan kereta.

Sejarah tercipta dalam sektor pengangkutan privet Singapura tahun ini dengan pengenalan skim kongsi basikal.

Ofo, oBikes dan Mobikes kini menjadi huraian baru bagi keperluan pengangkutan orang ramai.

Tidak lama lagi, gabungan beberapa pengendali mungkin berlaku.

Selain itu, skim kongsi kereta elektrik baru saja dilancarkan, hasil kerjasama Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan BlueSG.

Malah, dalam masa tiga jam, kira-kira 100 kereta disewakan pada hari pertama ia dilancarkan.

Prasarana di negara ini juga diubah suai untuk menggalakkan penggunaan basikal.

Misalnya, laluan pejalan kaki di Bencoolen Street diluaskan dengan adanya lorong khas bagi basikal.

Tahun ini juga peraturan untuk Kereta Sewa Privet dan rangka kerja Lesen Vokasional Para Pemandu Kereta Sewa Privet diperkenalkan.

Dalam pada itu, ComfortDelgro juga dilantik sebagai penyedia alternatif bagi kursus-kursus Lesen Vokasional Pemandu Teksi dan Lesen Vokasional Para Pemandu Kereta Sewa Privet.

E2i pula dilantik sebagai pusat ujian alternatif.

Bagi mengurangkan penggantungan kepada kereta, para pakar mengatakan pengangkutan awam perlu lebih boleh diyakini.

Melihat ke hadapan, Kementerian Pengangkutan akan terus meningkatkan mutu rangkaian pengangkutan dan pengkongsian perkhidmatan. 

Sumber : CNA/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan