Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelbagai jenis dadah, 4 parang, belantan dirampas di Pasir Ris

Lima orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dan pelbagai dadah dan senjata dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi pada Isnin (12 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Pelbagai jenis dadah, 4 parang, belantan dirampas di Pasir Ris

Empat parang dan sebatang baton dirampas dalam operasi tersebut. (Gambar: CNB)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 04:27PM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 04:41PM

SINGAPURA: Lima orang yang disyaki pesalah dadah diberkas dan pelbagai dadah dan senjata dirampas oleh Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam operasi pada Isnin (12 Feb).

CNB menyatakan dalam kenyataan media pada Selasa sekitar 427 gram heroin, 409 gram dadah Ice, 101 pil 'Ecstasy' dan 22 pil Erimin-5 bernilai lebih S$74,000 dirampas. Dadah tersebut cukup untuk digunakan oleh 400 penyalahguna dadah selama seminggu, menurut pihak berkuasa.

Empat parang dan sebatang belantan turut ditemui.

Tiga suspek pertama - dua lelaki rakyat Singapura dan seorang lelaki warga Malaysia - ditangkap di sebuah stesen minyak di Pasir Ris Drive 1, di mana mereka bertemu.

Sekitar 227 gram heroin dan 253 gram Ice dijumpai dalam kereta dua rakyat Singapura itu, yang berusia 27 dan 28 tahun, manakala 6 gram heroin, jumlah kecil Ice, peralatan dadah dan wang tunai S$7,500 dirampas daripada warga Malaysia berusia 28 tahun dan motosikalnya yang berdaftar di Malaysia.

Beberapa pegawai CNB kemudian menyerbu kediaman rakyat Singapura itu di Pasir Ris Drive 3, di mana mereka terpaksa memasuki rumah secara paksa selepas penghuni dalam unit itu enggan membuka pintu meskipun diberi amaran berulang kali.

Dua wanita rakyat Singapura berusia 24 dan 29 tahun ditangkap di unit tersebut. Wanita lebih muda itu ditemui bersembunyi dalam almari.

Sekitar 194 gram heroin, 154 gram Ice, 101 gram pil 'Ecstasy' dan 22 pil Erimin-5 dijumpai di unit itu, serta dua alat timbang digital. Senjata-senjata itu juga ditemui di unit berkenaan.

Siasatan ke atas kegiatan dadah suspek-suspek itu masih diteruskan, menurut CNB.

Sumber : CNA/IM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan