Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat termasuk dari Jepun dan Thailand boleh jalani pengasingan di kediaman

Para pelawat dari lebih banyak negara akan dibenarkan menjalani notis jangan keluar rumah selama 14 di kediaman mereka di Singapura dan bukannya di kemudahan khusus, mulai 4 November.

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat termasuk dari Jepun dan Thailand boleh jalani pengasingan di kediaman

(Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 27 Oct 2020 11:55PM Dikemas Kini : 27 Oct 2020 11:58PM

SINGAPURA: Para pelawat dari lebih banyak negara akan dibenarkan menjalani notis jangan keluar rumah selama 14 di kediaman mereka di Singapura dan bukannya di kemudahan khusus, mulai 4 November.

Negara-negara tersebut adalah Estonia, Fiji, Finland, Jepun, Norway, Korea Selatan, Sri Lanka, Thailand dan Turki, umum Kementerian Kesihatan (MOH) dalam kenyataan media pada Selasa (27 Okt).

Untuk layak membuat pilihan tidak menjalani pengasingan di kemudahan khusus, para pelawat dari tempat-tempat tersebut mesti tidak mengunjungi mana-mana negara lain dalam tempoh 14 hari sebelum memasuki Singapura.

Mereka juga mesti tinggal bersendirian di kediaman mereka atau bersama ahli-ahli keluarga yang juga menjalani notis jangan keluar rumah untuk jangka masa yang sama dan dengan sejarah perjalanan yang sama.

Permohonan untuk pilih keluar daripada kemudahan khusus dibuka pada 2 November, untuk ketibaan pada atau selepas 4 November.

Rakyat dan penduduk tetap Singapura harus mengemukakan permohonan sebelum ketibaan mereka melalui laman Safe Travel Office.

"Semua pelawat mesti mengemukakan kelulusan untuk pilih keluar setibanya mereka di Singapura," kata MOH.

Buat masa ini, kecuali negara-negara yang dibenarkan oleh Singapura secara sepihak, para pelawat dari negara atau kawasan berisiko rendah yang terpilih mesti menjalani notis jangan keluar rumah selama tujuh hari di kediaman mereka atau tempat penginapan sesuai pilihan mereka. Semua pelawat lain mesti menjalani notis jangan keluar rumah 14 hari di kemudahan khusus.

MOH turut mengumumkan bahawa mulai 1 Januari 2021, Pemerintah tidak akan lagi mengetepikan kos menginap di kemudahan khusus untuk warga dan penduduk tetap Singapura yang kali terakhir meninggalkan Singapura sebelum 27 Mac.

Ini kerana "kebanyakan" warga dan penduduk tetap Singapura yang meninggalkan negara ini dalam tempoh setahun lalu sudah kembali, jelas kementerian itu.

Pemerintah juga tidak akan membayar lagi bil perubatan bagi rawatan pesakit dalam hospital, bagi warga dan penduduk tetap Singapura dan pemegang pas jangka panjang (LTPH) yang meninggalkan negara ini sebelum 27 Mac sekiranya mereka mengalami gejala COVID-19 dalam masa 14 hari sejak ketibaan mereka di Singapura.

Ini akan berkuat kuasa dari 1 Januari tahun depan.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan