Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat dengan tiket tempahan awal ke daya tarikan tetap dibenar masuk

Para pelawat dengan tiket yang sudah ditempah lebih awal untuk mengunjungi tempat-tempat daya tarikan dari 8 hingga 30 Mei akan tetap dibenarkan masuk. Ini meskipun setelah Pemerintah mengumumkan bahawa daya tarikan perlu mengurangkan kapasiti operasinya sepanjang tempoh tersebut. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelawat dengan tiket tempahan awal ke daya tarikan tetap dibenar masuk

Pemandangan Universal Studios Singapore di Pulau Sentoasa. (Gambar fail: Edgar Su/REUTERS)

Diterbitkan : 06 May 2021 01:24PM Dikemas Kini : 06 May 2021 01:33PM

SINGAPURA: Para pelawat dengan tiket yang sudah ditempah lebih awal untuk mengunjungi tempat-tempat daya tarikan dari 8 hingga 30 Mei akan tetap dibenarkan masuk. Ini meskipun setelah Pemerintah mengumumkan bahawa daya tarikan perlu mengurangkan kapasiti operasinya sepanjang tempoh tersebut.

Pasukan bertindak berbilang kementerian pada Selasa (4 Mei) menyatakan ia akan memperketatkan langkah-langkah COVID-19 di tengah-tengah lonjakan pada kes jangkitan dalam kalangan masyarakat tempatan. Antara langkah-langkah itu termasuk mengurangkan kapasiti operasi bagi daya tarikan daripada 65 peratus kepada 50 peratus.

Acara-acara tertutup dan terbuka yang diadakan di tempat-tempat daya tarikan juga dihadkan kepada 100 orang tanpa ujian pra-acara.

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, para pengendali daya tarikan menyatakan pra-tempahan mereka jatuh dalam kapasiti operasi 50 peratus seperti yang dibenarkan di bawah langkah-langkah yang dipertingkatkan itu.

Seorang jurucakap Wildlife Reserves Singapore (WRS) berkata ia sudahpun memberi respons kepada langkah mengurangkan kapasiti operasi dengan menyesuaikan slot masuk tersedia di lelamannya.

Tempahan awal ke daya tarikannya juga tergolong di bawah kapasiti baru yang dibenarkan.

Jurucakap itu menambah sesetengah orang boleh memilih untuk menangguhkan lawatan mereka sebagai sebahagian daripada tahap kewaspadaan yang meningkat di seluruh negara.

"Kami ingin meyakinkan semua orang bahawa keutamaan nombor satu kami adalah menjaga keselamatan para pelawat kami dengan memastikan kami menggandakan protokol pembersihan kami dan langkah-langkah pengurusan selamat sedia ada dipatuhi di taman haiwan kami," kata jurucakap itu.

WRS menguruskan institusi-institusi zoologi Singapura termasuk Taman Haiwan Singapura, River Safari, Safari Malam dan Taman Burung Jurong.

Madame Tussuads, sebuah muzium lilin yang terletak di Sentosa, menyatakan muzium itu sudahpun membangunkan penampan yang secukupnya untuk memenuhi had-had baru tersebut.

Jurucakap itu berkata muzium tersebut menerima "banyak pertanyaan" tentang hari pembukaannya sejak pengumuman pada Selasa tetapi langkah keselamatannya yang "mantap" telah mendatangkan hasil baik untuknya dan industri daya tarikan yang lebih luas pada tahun lalu.

"Oleh itu, tiada sebab orang tidak boleh berasa yakin untuk mengunjungi tempat-tempat daya tarikan seperti tempat kami sekarang," kata jurucakap itu yang menambah bahawa muzium tersebut adalah daya tarikan yang diiktiraf dengan pensijilan SG Clean.

Resorts World Sentosa - yang menguruskan Universal Studios Singapore, S.E.A. Aquarium, Adventure Cove Water Park, Dolphin Island - menyatakan para pelawat yang sudahpun menempah tiket untuk Universal Studios Singapore dan S.E.A. Aquarium antara 8 hingga 30 Mei akan dibenarkan masuk.

LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT

Pelawat-pelawat ke daya tarikan itu perlu mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat yang ketat.

WRS melaksanakan sistem pra-tempahan digital sebagai langkah pertama untuk menguruskan kesesakan orang ramai. Ia juga mempunyai sistem pengiraan di semua pintu masuk bagi memantau bilangan orang yang memasuki taman-taman temanya.

Jurucakapnya menambah bahawa para pelawat diingatkan supaya memakai pelitup dan mengamalkan jarak selamat di tempat-tempat daya tarikannya. Taman-taman itu mendapat sijil pentauliahan SG Clean dan lapisan anti-mikrob disalutkan pada permukaan yang kerap disentuh. Para kakitangannya juga menjaga protokol kebersihan setiap jam, kata jurucakap itu.

Resorts World Sentosa sudahpun memulakan pendaftaran masuk SafeEntry menggunakan TraceTogether sahaja dengan barisan masuk ditetapkan bagi Universal Studios Singapore dan S.E.A. Aquarium.

Terdapat pemeriksaan wajib suhu badan dan duta jarak selamat serta kru daya tarikan untuk memastikan para pelawat mematuhi peraturan jarak selamat.

Resorts World Sentosa menambah permukaan di tempat-tempat yang kerap disentuh dibersihkan dan dibasmi kumannya secara berkala. Kesemua permainannya juga dilapikkan dengan lapisan anti-mikrob untuk menjaga keselamatan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan