Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelawat akan diberi SHN lebih awal sebelum tiba di S'pura

Semua pengunjung ke Singapura mulai 27 Mac pukul 9.00 pagi akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) melalui emel sebelum mereka tiba di negara ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (25 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Semua pengunjung ke Singapura mulai 27 Mac pukul 9.00 pagi akan dimaklumkan terlebih dahulu mengenai Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) melalui emel sebelum mereka tiba di negara ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Rabu (25 Mac).

Langkah itu bagi membolehkan para pengunjung dimaklumkan tentang SHN lebih awal berbanding hanya selepas melepasi proses imigresen.

Pada masa yang sama, mereka juga akan dimaklumkan mengenai hukuman di bawah Seksyen 21A bagi Akta Penyakit Berjangkit (IDA) jika mereka gagal mematuhi arahan tersebut, tambah ICA.

Namun, mereka mesti menghantar borang perisytiharan kesihatan terlebih dahulu, sebelum melepasi imigresen.

Perisytiharan kesihatan boleh dilakukan menerusi khidmat elektronik SG Arrival Card (SGAC) yang akan disediakan sebelum 27 Mac 2020 sebagai sebahagian daripada khidmat elektronik SGAC.

Ini supaya para pengunjung yang dijangka tiba di Singapura selepas 27 Mac 2020, pukul 9.00 pagi dapat membuat perisytiharan lebih awal.

Setelah perisytiharan dibuat, para pengunjung akan menerima emel yang mengesahkan bahawa perisytiharan sudah dibuat dan peringatan mengenai arahan SHN 24 jam sebelum mereka tiba di Singapura, jika ia dihantar lebih 24 jam sebelum mereka tiba di sini.

Setibanya di Singapura, para pengunjung perlu menunjukkan emel itu kepada para pegawai ICA, sama ada menerusi telefon bimbit ataupun salinannya.

Para pengunjung dikehendaki memberikan alamat emel dan nombor telefon yang betul ketika menghantar perisytiharan tersebut.

Mereka yang tidak mempunyai emel, perisytiharan itu mungkin mengalami kelengahan ketika melepasi imigresen, tambah ICA.

Bagi mereka yang tidak mematuhi SHN, mereka boleh dikenakan denda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.

Hukuman lain yang boleh dijatuhkan termasuk menyingkatkan tempoh pas lawatan jangka panjang, pas tanggungan dan pas pelajar atau membatalkan pas-pas yang membolehkan mereka menetap di Singapura.

Para pelajar mungkin dikenakan tindakan displin, termasuk digantung atau dibuang sekolah.

Muat turun aplikasi BERITAmediacorp bagi iOS atau Google dan langgani saluran Telegram kami bagi perkembangan terkini virus korona COVID-19: https://t.me/BERITAmediacorp 

Sumber : BERITA Mediacorp/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan