Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Pelanggan minta balik duit gara-gara kulit udang tidak dikupas

Penjual mi udang Deanna's Kitchen baru-baru ini kebingungan apabila seorang pelanggan meminta wangnya dikembalikan gara-gara kulit udang tidak dikupas. 

Anggaran Waktu Membaca:
Pelanggan minta balik duit gara-gara kulit udang tidak dikupas

(Gambar: Deanna's Kitchen/Facebook)

Diterbitkan : 06 Jul 2021 11:29PM Dikemas Kini : 06 Jul 2021 11:30PM

SINGAPURA: Penjual mi udang Deanna's Kitchen baru-baru ini kebingungan apabila seorang pelanggan meminta wangnya dikembalikan gara-gara kulit udang tidak dikupas.

Beliau menerima emel daripada syarikat penghantar makanan Deliveroo yang menyatakan salah seorang pelanggan gerainya meminta bayaran balik kerana udang dalam hidangan tersebut tidak dikupas kulitnya, seperti yang diminta.

Deanna's Kitchen kemudian memuat naik petikan skrin emel itu di laman Facebook mereka bersama sebab-sebab mengapa mereka tidak akan memulangkan duit pelanggan itu.

"Gambar yang dipetik jelas menunjukkan bahawa pelanggan ini sudahpun habis makan tiga suku mi itu dan semua kepah dalam hidangan tersebut tetapi disebabkan kulit udangnya tidak dikupas, beliau mahu dipulangkan sepenuhnya harga mi," tulis Cik Denise dari Deanna's Kitchen.

Dalam pada itu, beliau memohon para pelanggan agar menunjukkan belas kasihan kerana ia amat mencabar bagi mereka untuk mengurus perniagaan di tengah-tengah tempoh pandemik.

Deanna's Kitchen juga enggan memulangkan wang pelanggan itu dan kemudian dalam kemas kini catatan berkenaan, menyatakan bahawa Deliveroo tidak akan memotong jumlah tersebut daripada akaun mereka.

Sebelum itu, gerai makan berkenaan diminta memulangkan S$10 daripada hidangan yang secara keseluruhannya berharga S$26.

Catatan Facebook itu meraih lebih 500 likes dan sudahpun dikongsi lebih 300 kali dengan komen-komen dari pelanggan yang berkata permintaan pelanggan berkenaan tidak masuk akal.  

Sumber : Today/SM/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan